Crispina Gregory K Han (2015) Pengaruh aspek konteks, input dan proses terhadap pencapaian pentaksiran kerja amali Sains. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (396kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Senario program PEKA Sains pada masa ini ialah guru melaksanakannya seperti yang diarahkan oleh KPM namun pelaksanaannya kurang mengambil kira aspek manakah yang sepatutnya dititikberatkan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaruh aspek konteks, input, dan proses Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains terhadap pencapaian PEKA Sains dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 di Negeri Sabah. Seramai 447 orang pelajar Tingkatan 4 telah dipilih dengan kaedah persampelan berstrata. Kajian ini adalah kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data. Instrumen yang telah digunakan untuk memungut data terdiri daripada Seal Selidik Aspek Konteks (SSAK), Soal Selidik Aspek Input (SSAI) dan Seal Selidik Aspek Proses (SSAP) manakala keputusan pencapaian PEKA Sains diperolehi daripada guru Sains Tingkatan 4 yang menilai pelajar menggunakan rubrik petunjuk prestasi mengikut piawaian yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pakej analisis statistik \ Statistical Package for Social Sdence' (SPSS) for Windows version 20.0, perisian analisis item 'QUE5r dan perisian 'Smart Partial Least Square' (SmartPLS) version 2.0 telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan tahap PEKA Sains bagi aspek konteks, input dan proses adalah pada tahap 'Tinggi' (3.41-4.20) manakala min pencapaian pelajar mengikut kemahiran PEKA Sains adalah pada tahap cemerlang (8 atau 9, Gred A). Selain itu, dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat korelasi dan juga pengaruh antara aspek konteks, input dan proses terhadap pencapaian PEKA Sains. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi dan juga pengaruh antara aspek konteks dengan input dan antara aspek input dengan proses. Dapatan analisis lintasan mendapati aspek konteks, input dan proses PEKA Sains tidak mempunyai korelasi dengan pencapaian PEKA Sains. Model struktur yang dijanakan dalam kajian ini tidak dapat meramalkan pencapaian produk PEKA Sains. Dapatan-dapatan kajian memberi implikasi khususnya keperluan untuk meneliti semula aspek proses, memastikan aspek input yang menepati dengan keperluan PEKA Sains, dan mempertimbangkan faktor-faktor lain yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum sains perlu meneliti semula pelaksanaan PEKA Sains terutama sekali dalam pelaksanaan aspek proses.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Pencapaian pentaksiran kerja amali sains, PEKA Sains, Pelajar tingkatan 4 |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) > Q1-390 Science (General) > Q1-295 General |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 28 Aug 2024 09:00 |
Last Modified: | 28 Aug 2024 09:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40672 |
Actions (login required)
View Item |