Aplikasi geospatial dan analisis AHP dalam pembangunan sistem pengairan dan saliran sawah padi di daerah Kota Belud, Sabah

Siti HadawiahTahir (2020) Aplikasi geospatial dan analisis AHP dalam pembangunan sistem pengairan dan saliran sawah padi di daerah Kota Belud, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (427kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Krisis makanan yang telah berlaku pada tahun 2008 telah memberi impak yang tinggi terhadap isu keselamatan makanan negara. Susulan daripada krisis bekalan makanan tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah mengkategorikan tanah sawah padi kepada tiga kategori iaitu K1, K2 dan K3 untuk mencari solusi dalam mengurangkan kadar kebergantungan terhadap import beras negara. Kementerian juga telah mengenalpasti bahawa salah satu jalan penyelesaian tersebut ialah dengan meningkatkan pembangunan sistem pengairan dan saliran bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan aplikasi geospatial dan analisis AHP dalam pembangunan sistem pengairan dan saliran sawah padi di daerah Kota Belud. Terdapat tiga objektif kajian yang digariskan dalam penyelidikan ini iaitu yang pertama mengenalpasti komponen keutamaan pembangunan sistem pengairan dan saliran sawah padi di kawasan kajian, menganalisis komponen berkenaan berdasarkan klasifikasi K1, K2 dan K3 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, serta membincangkan hasil pengelasan dan implikasinya terhadap penghasilan tanaman padi. Berdasarkan analisis AHP dan tindan lapis pemberat (weigthed overlay) didapati bahawa terdapat kawasan sawah padi K1, K2 dan K3 yang dikelaskan sebagai kawasan kelas keutamaan tinggi, sederhana dan rendah terhadap keutamaan pembangunan sistem pengairan dan saliran sawah padi pada masa ini. Bagi kelas keutamaan tinggi seluas 1.03 hektar bagi K1, 2,152.62 hektar K2 dan 115.50 hektar K3. Seterusnya 10.2 hekter bagi K1, 331.10 hektar K2 dan 305.5 hektar K3 dikategorikan dalam kelas keutamaan sederhana. Mananakala, 4,356.88 hektar K1, 115 hektar K2 dan 1,772 hektar K3 dikelaskan dalam kelas keutamaan rendah terhadap pembangunan sistem pengairan dan saliran. Hasil pengkelasan potensi pembangunan sistem pengairan dan saliran, hasil pengeluaran sawah padi diunjurkan dapat ditingkatkan daripada 0.5 mtan/hektar kepad 10.0 mtan/hektar. Peningkatkan hasil pengeluaran melalui pembangunan sistem pengairan dan saliran juga turut memberi impak dalam menjamin keselamatan makanan peringkat negeri khususnya dan negara amnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Geospatial, AHP, Sawah Padi, Sistem Pengairan dan saliran, Kelas Keutamaan, keselamatan makanan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General)
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Oct 2024 10:04
Last Modified: 01 Oct 2024 10:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40677

Actions (login required)

View Item View Item