Pengurusan sisa elektrik dan elektronik oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Molia Sebi Anak Dinggai (2020) Pengurusan sisa elektrik dan elektronik oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (236kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti senario pengurusan sisa elektrik dan elektronik oleh syarikat swasta di Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Pada masa ini, penglibatan semua pihak berkepentingan iaitu sektor kerajaan, sektor swasta, sektor informal, Non Governmetal Organization (NGOs) dan juga masyarakat masih belum terintegrasi secara menyeluruh antara satu sama lain. Salah satu pihak yang tidak jelas peranannya ialah sektor swasta. Di Malaysia, penglibatan sektor swasta ditekankan dalam konteks pengumpulan e-sisa dengan syarat syarikat swasta ini haruslah berdaftar dan mempunyai lesen yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Namun begitu, tidak semua syarikat yang mengurus e-sisa berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar terutamanya syarikat pengumpulan secara kecil-kecilan. Pada awal penubuhan, syarikat swasta pengumpulan e-sisa di Kota Kinabalu, Sabah hanya melakukan pengutipan terhadap barangan kitar semula seperti besi buruk, kertas, tin aluminium, plastik, dan botol kaca. Apabila berlaku permintaan terhadap kandungan bahan mineral seperti logam berharga yang boleh dikitar semula menyebabkan syarikat-syarikat ini beralih arah dan mula melakukan pengumpulan peralatan e-sisa kerana ianya mampu memberikan keuntungan kepada syarikat mereka. Oleh itu, keperluan kajian ini adalah untuk melihat senario pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta serta proses pengurusan yang dilakukan oleh mereka dipremis perniagaan. Selain itu, pandangan masyarakat juga turut dinilai bagi mendapatkan persepsi masyarakat terhadap pengurusan yang dilakukan oleh syarikat swasta. Bagi mencapai objektif tersebut kaedah temubual, pemerhatian dan kajian tinjauan digunakan. Analisis tematik digunakan untuk menganalisis data temubual. Bagi kajian tinjauan, borang soal selidik merupaka instrumen utama yang digunakan yang diedarkan kepada 400 sampel. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis frequensi untuk mendapatkan peratusan dan purata skor (min). Hasil dapatan mendapati bahawa pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta ini bukan satu pengurusan yang lestari kerana berlaku aliran tidak nyata terhadap e-sisa yang menyukarkan pihak kerajaan bagi merekod penjanaan e-sisa di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Masyarakat tempatan juga menerima baik pendekatan membeli semula peralatan e-sisa mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sisa elektrik dan elektronik, Sektor swasta, Kota Kinabalu
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD783-812.5 Municipal refuse. Solid wastes
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Oct 2024 12:55
Last Modified: 02 Oct 2024 12:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40694

Actions (login required)

View Item View Item