Kebergantungan terhadap penggunaan mod pengangkutan dalam kalangan warga asing di Kota Kinabalu Sabah

Roshimah Zakaria (2022) Kebergantungan terhadap penggunaan mod pengangkutan dalam kalangan warga asing di Kota Kinabalu Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Perkembangan pengangkutan di Malaysia khususnya Kota Kinabalu semakin berkembang dari semasa ke semasa seiring dengan pertambahan jumlah warga asing yang turut menyumbang kepada sosioekonomi negara melalui penjanaan perjalanan dan pertumbuhan pengangkutan awam. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kadar kebergantungan warga asing dalam menggunakan mod pengangkutan di Kota Kinabalu Sabah berdasarkan faktor penggunaan mod pengangkutan dan analisis hubungan sosioekonomi. Kajian ini menggunakan kajian tinjauan soal selidik di lapangan menggunakan persampelan bertujuaan dan bebola salji terhadap 150 orang responden. Teknik analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, Khi Kuasa Dua dan Kuasa Dua Pekali Phi Cramer digunakan dalam kajian ini menggunakan alat bantuan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 21. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden hanya berjalan kaki untuk melakukan perjalanan ke destinasi tertentu. Hal ini demikian kerana pemilihan mod pengangkutan responden dipengaruhi secara langsung oleh tahap ekonomi dan kewangan yang mana kebanyakan responden berpendapatan sederhana dan rendah, tidak mempunyai kemudahan pengangkutan persendirian dan tidak memiliki lesen memandu. Faktor utama dalam pemilihan penggunaan mod pengangkutan warga asing ini pula adalah berdasarkan kualiti perkhidmatan (3.63) dan sosioekonomi (3.77) untuk menentukan cara warga asing melakukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Oleh itu, secara keseluruhannya kebanyakan responden menggunakan mod secara berjalan kaki dalam melakukan perjalanan pada setiap hari dan pengangkutan awam yang mempunyai kadar tambang yang murah bagi menjimatkan kos harian. Selain itu, analisis Khi Kuasa Dua menunjukkan bahawa terdapat enam elemen sosioekonomi yang menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan penggunaan mod pengangkutan yang digunakan oleh responden iaitu umur (0.003), pemilikan kenderaan (0.000), status pekerjaan (0.000), pendapatan (0.000), jantina (0.000), dan status kewarganegaraan (0.003). Melalui analisis pula Kuasa Dua Pekali Phi Cramer menunjukkan enam elemen mempunyai perkaitan hubungan yang kuat antara satu sama lain. Perkara ini menunjukkan bahawa penggunaan mod pengangkutan responden dikawal oleh elemen sosioekonomi berikut. Hasil dapatan kajian ini dapat membantu pihak berkuasa tempatan dalam membuat unjuran penggunaan pengangkutan dalam kalangan pengguna pengangkutan terutamanya pengangkutan awam bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan pengangkutan yang terdapat di Kota Kinabalu pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kota Kinabalu, Warga Asing, Kebergantungan, Mod Pengangkutan, Sosioekonomi
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G70-70.6 Philosophy. Relation to other topics. Methodology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Aug 2024 09:34
Last Modified: 28 Aug 2024 09:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40728

Actions (login required)

View Item View Item