Kelly Jauding (2022) Tingkah laku menghadapi kanser dalam kalangan orang asal luar bandar di daerah Pitas, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (591kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Orang asal yang tinggal di kawasan luar bandar kerap dilaporkan mempunyai kadar mortaliti yang tinggi kerana tingkah laku orang asal yang cenderung menangguhkan rawatan dan memilih rawatan tidak formal serta hanya mendapatkan rawatan apabila keadaan menjadi semakin parah. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku tersebut seperti tahap sosioekonomi yang rendah, kekangan sosiobudaya dan aksesibiliti yang menyukarkan orang asal untuk menjalankan saringan dan rawatan kanser awal. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan di Pitas untuk meneliti tingkah laku orang asal dalam menghadapi kanser dari segi tindakan pemilihan rawatan dan faktor yang mempengaruhinya. Tujuannya adalah untuk meneliti bagaimana pesakit orang asal di daerah Pitas menghadapi kanser walaupun dengan pelbagai kekangan. Kajian ini berbentuk fenomenologi dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan analisis Tematik. Terdapat 12 informan dalam kajian ini yang terdiri daripada pesakit kanser, bekas pesakit kanser dan ahli keluarga pesakit kanser yang dipilih sebagai informan. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan dan kesedaran saringan kanser adalah faktor penting yang mempengaruhi tindakan pesakit kanser untuk menjalankan saringan kendiri dan saringan kanser di hospital. Selain itu, tingkah laku informan adalah pelbagai semasa menghadapi kanser. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku tersebut. Didapati bahawa aksesibiliti fizikal tidak mempengaruhi tingkah laku dalam menghadapi kanser. Namun, faktor penting adalah dari segi aksesibiliti sosial iaitu kekangan kewangan yang disebabkan oleh sosioekonomi yang rendah. Selain itu, faktor sosiobudaya turut didapati menjadi faktor penghalang dalam mendapatkan rawatan kanser dalam perkhidmatan kesihatan formal. Sokongan sosial daripada ahli keluarga pula menggalakkan pematuhan terhadap rawatan konvensional. Maka itu, kajian ini mencadangkan agar diwujudkan program pengetahuan dan kesedaran kanser untuk diberikan kepada komuniti orang asal di luar bandar. Pemegang taruh perlulah merangka pelan safety net kepada pesakit kanser di luar bandar bagi membolehkan golongan ini dapat mengakses perkhidmatan kesihatan tanpa sebarang halangan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Faktor tingkah laku, Kanser, Pengetahuan dan kesedaran, Orang asal, Tingkah laku |
Subjects: | R Medicine > RC Internal medicine > RC31-1245 Internal medicine > RC254-282 Neoplasms. Tumors. Oncology Including cancer and carcinogens |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Oct 2024 11:58 |
Last Modified: | 10 Oct 2024 11:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40729 |
Actions (login required)
View Item |