Pilihan bahasa dalam kalangan generasi muda Murut

Wong, Mee Mee (2022) Pilihan bahasa dalam kalangan generasi muda Murut. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (475kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Etnik Murut merupakan salah satu suku kaum peribumi di negeri Sabah. Etnik Murut juga merupakan etnik yang ketiga besar selepas etnik Kadazandusun dan etnik Bajau. Dengan kemunculan Dialek Melayu Sabah (DMS), terdapat interaksi dan hubungan istimewa antara DMS dengan bahasa-bahasa yang dituturkan oleh etnik-etnik yang terdapat di negeri Sabah termasuk etnik Murut. Tesis ini bertujuan untuk menyelidik pemilihan bahasa dalam kalangan generasi muda Murut di Sabah. Kajian ini mengaplikasikan teori pilihan bahasa Fishman (1972) mengenai domain bahasa yang mempengaruhi pemilihan bahasa. Tiga domain pilihan bahasa telah diberi perhatian dalam kajian ini iaitu domain keluarga, persahabatan dan pendidikan. Borang soal selidik yang diagihkan juga menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi corak pemilihan dan penggunaan bahasa Murut dalam kalangan generasi muda etnik Murut. Bahagian temu bual pula mengubahsuaikan Senarai 100 Kata Swadesh dalam bentuk soalan untuk menguji kefasihan bahasa Murut serta tahap penguasaan bahasa Murut dalam kalangan generasi muda etnik Murut. Data kuantitatif diperoleh melalui tinjauan soal selidik, manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual bersemuka dan pemerhatian. Seramai tiga puluh tujuh responden dipilih berdasarkan kaedah pensampelan berstrata dan sepuluh orang responden ditemu bual. Hasil kajian mendapati bahawa DMS telah memperoleh peratusan yang tinggi dalam domain persahabatan dan hal ini secara langsung berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya jika dibandingkan dengan domain keluarga dan domain pendidikan. Hal ini juga selari dengan faktor mempengaruhi perubahan penggunaan bahasa ibunda generasi muda etnik Murut yang pertama iaitu, pergaulan harian yang berbeza mengikut individu berlainan yang mereka bertemu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Etnik Murut, Suku kaum peribumi, Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2024 11:59
Last Modified: 10 Oct 2024 11:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40732

Actions (login required)

View Item View Item