Analisis makna hidangan makanan dalam adat perkahwinan etnik Tidong Pulau Sebatik Tawau, Sabah dari perspektif komunikasi bukan lisan

Nor Adila Samuri (2022) Analisis makna hidangan makanan dalam adat perkahwinan etnik Tidong Pulau Sebatik Tawau, Sabah dari perspektif komunikasi bukan lisan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (776kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Penyelidikan ini meneroka simbol makanan yang digunakan oleh etnik Tidong di Pulau Sebatik, Tawau Sabah dalam adat perkahwinan yang dilihat dari sudut komunikasi bukan lisan. Penggunaan adat perkahwinan sebagai medium dalam kajian ini adalah berkepentingan untuk memaparkan fungsinya (proksemik) sekali gus melibatkan pecahan komunikasi bukan lisan yang lain seperti artifaktual dan juga gustik. Kajian lalu memperlihatkan wujud makna tertentu di sebalik simbol makanan yang dihidangkan kepada tetamu. Bagi mengetahui makna simbol makanan yang terdapat dalam adat perkahwinan etnik pengamal tiga objektif kajian telah digariskan iaitu: i) mengenal pasti peletakan makanan yang dihidangkan dalam konteks proksemik bagi pelaksanaan adat perkahwinan; ii) mengkaji makna makanan yang dihidangkan dalam konteks artifaktual bagi pelaksanaan adat perkahwinan; dan iii) menganalisis makna makanan yang dihidangkan dalam konteks gustik bagi pelaksanaan adat perkahwinan. Kaedah kualitatif secara etnografi dengan pemerhatian turut serta di lapangan dan temu bual mendalam secara separa struktur dilaksanakan dengan melibatkan informan yang telah dikenal pasti melalui Pertubuhan Bangsa Tidong Bersatu Sabah (PBTBS), dan Ketua Anak Negeri. Antara informan yang terlibat dalam kutipan data ialah Ketua Anak Negeri, Pengamal Adat, Imam dan warga tua yang mengetahui selok belok pelaksanaan adat dalam konteks kajian. Hasilnya, kajian mendapati peletakan makanan dalam perkahwinan etnik pengamal adalah berlandaskan tingkat adat yang dibahagikan kepada tiga proses iaitu pemisahan (adat ngedukung), peralihan (adat nikah) dan penggabungan (adat bebantang/bedulug). Pemaknaan simbol makanan adalah berdasarkan sub etnik dalam etnik Tidong yang meliputi Sembakung, Nunukan, Sumbol, Tarakan dan Bulungan. Makanan yang dihidang semasa pelaksanaan adat merangkumi makanan utama dan makanan iringan yang mempunyai rasa manisan. Simbol makanan dalam komunikasi bukan lisan yang dipersembahkan dalam adat perkahwinan etnik pengamal membawa maksud kebanggaan, kegembiraan, kebahagiaan dan pengharapan, tanda keislaman serta perlambangan kepada kecantikan pengantin. Kajian ini memperlihatkan bagaimana etnik pengamal iaitu etnik Tidong menterjemahkan makna komunikasi melalui hidangan makanan. Walaupun berlakunya perubahan bentuk dan jenis hidangan yang dipersembahkan, tetapi pengekalan rasa makanan memperlihatkan kearifan lokal digunakan untuk mengekalkan makna makanan dalam pelaksanaan adat. Hasil daripada itu, kajian makanan dari sudut proksemik, artifaktual dan gustik dalam bidang komunikasi sebenarnya memperlihatkan hidangan makanan dalam majlis bukan hanya semata-mata sebagai hidangan tetapi membawa bersama falsafah dan budaya etnik pengamal.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Artifaktual, Budaya, Gustik, Proksemik, Simbol
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2024 12:00
Last Modified: 10 Oct 2024 12:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40733

Actions (login required)

View Item View Item