Pengaruh efikasi kendiri guru dan kepuasan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan guru sekolah menengah di Pedalaman Sabah

Zulaine Awang Taul (2022) Pengaruh efikasi kendiri guru dan kepuasan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan guru sekolah menengah di Pedalaman Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (253kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan pengaruh efikasi kendiri guru dan kepuasan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan guru di sekolah menengah pedalaman Sabah. Selain itu, antara objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap ketiga-tiga pemboleh ubah di samping menentukan perkaitan antara pemboleh ubah bebas (efikasi kendiri guru dan kepuasan kerja) dengan pemboleh ubah bersandar (prestasi kerja). Kaedah tinjauan dan pendekatan kuantitatif dalam kajian ini menggunakan set soal selidik yang terdiri daripada soal selidik Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES), kepuasan kerja dan soal selidik prestasi kerja. Menerusi reka bentuk persampelan bertujuan dan rawak mudah, seramai 375 orang guru yang mengajar di sekolah menengah di pedalaman Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam membentangkan hasil kajian. Data inferensi dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson ‘r’, Regresi Berganda dan Regresi Hierarki. Keputusan analisis menunjukkan tahap efikasi kendiri guru berada pada tahap yang tinggi, kepuasan kerja dan prestasi kerja juga berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja iaitu pada aras signifikan p < .05 (r = .540). Selain itu, kepuasan kerja juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja iaitu pada aras signifikan p < .05 (r = .548). Analisis regresi berganda mendapati wujudnya pengaruh efikasi kendiri guru dan kepuasan kerja yang positif dan signifikan terhadap prestasi kerja dalam kalangan guru. Keputusan daripada regresi berganda berhierarki juga mengesahkan wujudnya satu dimensi daripada konstruk efikasi kendiri guru (strategi pengajaran) dan dua aspek daripada kepuasan kerja (aspek pelajar dan aspek beban tugas) didapati mampu memberikan sumbangan nilai peramal yang signifikan terhadap prestasi kerja dalam kalangan guru. Ini menggambarkan bahawa guru-guru akan memiliki prestasi kerja yang kukuh apabila mereka mempunyai efikasi kendiri yang tinggi dalam strategi pengajaran di samping kepuasan kerja yang dicapai dalam aspek pelajar dan aspek beban tugas yang telah memberikan peningkatan kepada prestasi kerja mereka di sekolah pedalaman yang dikaji. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar guru-guru memantapkan lagi tahap efikasi kendiri, kepuasan kerja dan prestasi kerja mereka supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan terutamanya dalam menyalurkan maklumat berbentuk ilmu kepada para pelajar yang berada di sekolah pedalaman.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Efikasi kendiri guru, Kepuasan kerja, Prestasi kerja dan guru di Pedalaman Sabah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Sep 2024 12:25
Last Modified: 02 Sep 2024 12:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40737

Actions (login required)

View Item View Item