Pola dan faktor ketersampaian warga emas di Bandaraya Kota Kinabalu Sabah

Chai Ai Jing (2023) Pola dan faktor ketersampaian warga emas di Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (309kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Warga emas di Malaysia dijangka akan mencecah 3.2 juta atau s ebanyak 9.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk menjelang tahun 2020. Penurunan keupayaan kognitif warga emas telah menjejaskan ketersampaian perjalanan harian disebabkan mereka berhenti dalam pemanduan. Maka, warga emas menunjukkan kebergantungan kepada pihak ketiga untuk menujui ke destinasi kerap dikunjungi. Kehilangan keupayaan pemanduan semasa telah menjejaskan ketersampaian perjalanan harian yang boleh meny ebabkan pengecualian sosial berlaku dalam kalangan warga emas . Perletakan kemudahan inf rastruktur yang jauh daripada tempat kediaman menyukarkan warga emas untuk mengaksesnya dengan berjalan kaki. Perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang mesra dengan kep erluan warga emas mengakibatkan warga emas cenderuncenderung menggunakan kenderaan persendirian dalam perjalanan harian. Kajian ini dilakukan untuk meneliti pola dan tahap ketersampaian perjalanan harian warga emas di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini men ggarriskan beberapa objektif utama untuk mengenal pasti pola perjalanan harian dan fakt or yang mempengaruhi ketersampaian perjalanan harian warga emas serta masalahmasalah-masalah ketersampaian warga di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan kaeda h campuran iaitu kaedah Kuantitatif dan Kualitatif Kualitatif. Satu set borang kaji selidik diedar kan kepada 532 orang warga emas untuk mendapatkan data primer. Selain itu, penyelidik telah menjalankan temubual semi berstruktur bersama lima orang warga emas . Tambahan pula, temu bual berstruktur telah dijalankan bersama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyara kat untuk memperolehi data sokongan kajiankajian. Data di analisis menggunakan kaedah analisis deskriptif yang merangkumi frekuensi, peratusan, skor min, multiple choice responses manakala kaedah analisis inferensi seperti ujian tabulasi silang dan juga analisis faktorfaktor. Penemuan kajian menunjukkan perjalanan warga emas adalah pada kekerapan yang rendah dan majoriti dalam lingkungan jarak antara 0 hingga 5 Kilometer . Selain itu, warga emas lebih cenderung mengadakan nonnon-work trip dan dan hanya keluar dari rumah a apa bila perlu sahaja. Warga emas peringkat awal (60 -65 tahun) menunjukkan pretasi pemanduan yang lebih tinggi berbanding dengan warga emas peringkat a khir (75 tahun dan ke atas) disebabkan penurunan fungsi kognitif (tindak balas lambat) dan halangan penglihat an. Faktor guna tanah adalah faktor dominan dimana perletakan kemudahan infrastruktur jauh dari tempat kediaman menyukarkan ketersampaian perjalana n kerana memerlukan kos berlebihan membebankan warga emas. Sebahagian besar warga emas mengalami jurang digit al akibat daripada kurang pemilikan alat peranti ICT dan tidak mahir dalam penggunaan alat peranti ICT. Di samping itu, faktor seperti tiada keperl uan, tiada minat dan pertimbangan atas kos menjejaskan peluang warga emas untuk mengakses kepada perkhidmatan E-hailing yang semakin menonjol sebagai salah satu pengangkutan alternatif khususnya bagi warga emas yang tidak mampu lagi memandu, tiada kenderaa n persendirian dan tinggal perseorangan dalam mempertingkatkan ketersampaian mereka. Kajian ini telah menjela skan pola perjalanan dan tahap ketersampaian warga emas dalam bidang disiplin Geografi Pengangkutan. Pihak berkepentingan perlu mem pelbagaikan kemudahan pengangkutan awam dan inisiatif dalam membantu warga emas kekal aktif walaupun telah berlanjutan usia.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Warga emas, Ketersampaian, Lesen memandu, Keupayaan memandu, E-hailing
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ1060-1064 Aged. Gerontology (Social aspects). Retirement
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 Sep 2024 12:30
Last Modified: 02 Sep 2024 12:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40752

Actions (login required)

View Item View Item