Keberkesanan program bimbingan pembelajaran sosio-emosi (pse) terhadap peningkatan kompetensi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah

Jusiah Idang (2022) Keberkesanan program bimbingan pembelajaran sosio-emosi (pse) terhadap peningkatan kompetensi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (182kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji keberkesanan modul program bimbingan Pembelajaran Sosio-Emosi (PSE) yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap kompetensi sosio-emosi kanak-kanak yang terbukti amat penting untuk fasa awal kanak-kanak. Alat pengukuran ‘the Social Emotional Assets and Resilience Scales” (SEARS) yang mengandungi empat (4) subskala iaitu regulasi kendiri (selfregulation ), tanggungjawab (responsibility ), kompetensi sosial (social competency ), dan empati (empathy ) telah digunakan untuk mengukur objektif kajian. Secara khususnya, kajian ini ingin menguji tahap (tier) kompetensi sosio-emosi kanakkanak pada sebelum dan selepas pelaksanaan program bimbingan PSE daripada perspektif penilaian kendiri dan penilaian guru. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen multi lokasi yang melibatkan 125 orang kanak-kanak dari sekolah rendah di daerah Inanam, Kota Kinabalu, Sabah yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (65 orang) dan kumpulan kawalan (60 orang). Di peringkat awal, kanak-kanak menduduki ujian pra, diikuti dengan program bimbingan PSE selama 12 minggu dan diakhiri dengan ujian pasca. Bagi tujuan analisis data, ujian statistik deskriptif (kekerapan dan peratusan) dan ujian statistik inferensi (ujian non parametric iaitu ujian Wilcoxon signed-rank , ujian Mann Whitney dan Ujian t sampel bebas) telah dijalankan untuk mengesahkan hipotesis yang dibina. Hasil analisa, dapatan menunjukkan program bimbingan PSE secara umumnya telah berjaya meningkatkan tahap kompetensi sosio-emosi apabila berlakunya pertambahan responden Tier 1 (kefungsian sederhana hingga tinggi) sebanyak 38.4% (penilaian kendiri) dan 16.9% (penilaian guru) selepas mengikuti program. Pada masa yang sama, program ini juga berjaya mengurangkan peratusan responden dalam Tier 3 (berisiko tinggi) sebanyak 26.1% (penilaian kendiri) dan 10.7% (penilaian guru). Bagi penelitian subskala, program bimbingan PSE berhasil meningkatkan tahap kompetensi bagi subskala regulasi kendiri sebanyak 13.9%, kompetensi sosial (29.2%), tanggungjawab (20%), dan empati (21.5%). Tuntasnya, implikasi terbesar dari kajian ini ialah apabila terhasilnya sebuah modul pembelajaran sosio-emosi yang menonjolkan aplikasi teori-teori dan konsep psikologikal sehingga dapat memberi kesan positif terhadap perkembangan diri kanak-kanak melalui peningkatan tahap kompetensi sosio-emosi secara sistematik dan berstruktur.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Kemahiran sosio-emosi, Kompetensi sosio-emosi, Pembelajaran sosio-emosi, PSE, Program bimbingan, Kanak-kanak sekolah rendah, SEARS-C, SEARS-T
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Oct 2024 12:01
Last Modified: 10 Oct 2024 12:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40755

Actions (login required)

View Item View Item