Pengaruh Komitmen Kesatuan Sekerja dan Ideologi Kesatuan Sekerja terhadap Penglibatan Kesatuan Sekerja dalam Sektor Telekomunikasi Terpilih di Sabah

Nurul Fadilah Ahmad and Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof (2024) Pengaruh Komitmen Kesatuan Sekerja dan Ideologi Kesatuan Sekerja terhadap Penglibatan Kesatuan Sekerja dalam Sektor Telekomunikasi Terpilih di Sabah. Journal of Social Sciences & Humanities. pp. 1-14.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (388kB) | Request a copy

Abstract

Penglibatan kesatuan sekerja merupakan penglibatan ahli-ahli kesatuan sekerja dalam tindakan kolektif dan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja yang menjadikan sebuah kesatuan sekerja itu mencapai objektif penubuhannya dalam organisasi. Penglibatan kesatuan sekerja adalah sebahagian daripada proses pembuatan keputusan dan perancangan operasi organisasi di antara kesatuan sekerja dan pihak pengurusan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penglibatan kesatuan sekerja dan pengaruh komitmen kesatuan sekerja serta ideologi kesatuan sekerja terhadap penglibatan kesatuan sekerja di sektor telekomunikasi terpilih di Sabah. Kajian ini merupakan kajian rintis yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan 30 orang ahli kesatuan sekerja. Analisis deskriptif serta analisis regresi linear digunakan bagi mencapai objektif kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan kesatuan sekerja berada pada tahap tinggi. Model kajian ini adalah signifikan di mana komitmen kesatuan sekerja serta ideologi kesatuan sekerja mempengaruhi penglibatan kesatuan sekerja sebanyak 68 peratus. Ini menunjukkan teori penglibatan kesatuan sekerja boleh diimplementasikan dalam sektor telekomunikasi di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Kesatuan sekerja; Komitmen Kesatuan Sekerja; ideologi kesatuan sekerja; penglibatan kesatuan sekerja; syarikat telekomunikasi
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE7601-8700.9 Telecommunication industry. Telegraph
K Law > KP Asia and Eurasia, Africa, Pacific Area, and Antarctica Asia > KPG1-6999 Malaysia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 28 Aug 2024 09:12
Last Modified: 28 Aug 2024 09:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40809

Actions (login required)

View Item View Item