Putera Faidz Hassanal Nordin (2023) Keberkesanan penggunaan elemen-elemen reka bentuk dalam produk makanan dan minuman iks di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (193kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini merupakan sebuah penyelidikan terhadap pengiklanan produk makanan dan minuman tempatan yang telah dihasilkan khususnya di dalam negeri Sabah. Tidak dinafikan bahawa produk Sabah mempunyai keunikan tersendiri dan mampu berdaya bersaing pada tahap yang lebih tinggi. Namun, pemahaman pelabelan terhadap masyarakat produk-produk ini masih menjadi tanda tanya dan kurang memberangsangkan. Kurangnya penyelidikan "Research and Development" (R&D) dalam meningkatkan kualiti reka bentuk pelabelan produk makanan tempatan. (Ampuero & Vila, 2006). Standard pelabelan produk pemakanan juga tidak dipatuhi oleh pengusaha. (Mahani Ahmad, 2020). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis sejauh mana kreativiti dan keberkesanan sesebuah reka bentuk grafik pada pelabelan produk-produk makanan dan minuman Sabah mengikut aspek kesenian, elemen reka bentuk grafik dan piawaian mengikut SIRIM. Dalam penganalisisan data, analisis Semiotik menurut Stokes (2003) diterapkan didahului dengan penentuan objek analisis dan kumpulan tanda yang dianalisis iaitu elemen grafik dalam pelabelan produk. Seterusnya, elemen-elemen yang kelihatan pada label dianalisis dan disenaraikan. Dalam analisis Semiotik oleh Stokes (2003), klasifikasikan empat unsur elemen iaitu terdiri daripada bentuk, warna, gambar, dan tulisan. Pada peringkat seterusnya, pentafsiran elemen dihasilkan berdasarkan teori Tanda Peirce (1839-1914). Berdasarkan kajian yang terlaksana, pemahaman tentang analisis semiotik dapat memastikan masyarakat dapat mengetahui makna tanda dan simbol, sekaligus mengenal pasti kepentingan pelabelan dalam memperkasakan produk tempatan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Pengiklanan, Pelabelan, Produk tempatan Sabah, Reka bentuk grafik, Semiotik |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5801-6182 Advertising |
Department: | FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 05 Sep 2024 09:58 |
Last Modified: | 05 Sep 2024 09:59 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40829 |
Actions (login required)
View Item |