Penilaian psikometrik instrumen sikap halal, personaliti dan komitmen halal dalam kalangan mualaf: Satu kajian rintis

Nadhirah Mohd Nashit and Nurul Hudani Md Nawi and Sariffuddin Mahmud and Faizah Md Nawi (2024) Penilaian psikometrik instrumen sikap halal, personaliti dan komitmen halal dalam kalangan mualaf: Satu kajian rintis. Southeast Asia Psychology Journal, 12 (1). pp. 1-16. ISSN 2289-1870

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (229kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan instrument kajian. Untuk itu, instrumen yang diuji ialah instrumen Sikap Keputusan Pembelian Produk dan Perkhidmatan Halal, NEO Five Factor Inventory (NEO-FFI) dan A Five-Component Customer Commitment Model dalam kalangan mualaf di Kota Kinabalu, Sabah. Bagi tujuan tersebut, borang soal selidik telah diedarkan dan seramai 70 orang mualaf terlibat dalam kajian di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Seterusnya data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 28. Penggunaan kaedah ini membolehkan pengkaji untuk menyingkirkan atau membuat penambahbaikan bagi item yang tidak memenuhi syarat kebolehpercayaan dan kesahan. Hasil kajian menunjukkan skor Cronbach Alpha adalah 0.808 bagi instrumen Sikap Keputusan Pembelian Produk/Pembelian Halal, 0.646 bagi NEO-FFI dan untuk instrumen A Five-Component Customer Commitment Model adalah 0.760. Manakala Pearson's r untuk Domain-Total Sikap Halal, NEO dan A Five-Component Customer Commitment masing-masing berada dalam julat 0.675-0.931, 0.444-0.730 dan 0.531- 0.747. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa ketiga-tiga instrumen boleh digunakan untuk kajian lapangan sebenar. Ujian awal sedemikian adalah penting dipraktiskan terutamanya dalam usaha untuk menggunakan instrumen tersebut dalam budaya yang berbeza sebelum penggunaannya diperluaskan bagi membolehkan hasil kajian yang diperolehi nanti dapat digeneralisasikan dalam populasi secara menyeluruh

Item Type: Article
Keyword: Sikap Terhadap Halal, Tret Personaliti, Komitmen Terhadap Halal, Mualaf,
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF698-698.9 Personality
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 28 Aug 2024 09:22
Last Modified: 28 Aug 2024 09:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40855

Actions (login required)

View Item View Item