Frank Dawat Yusia (2023) Keterancaman bahasa ibunda etnik Lundayeh: Kajian struktur kosa kata arkaik dalam genre uyu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Dewasa ini isu kepupusan dan keterancaman bahasa mulai menjadi perhatian umum. Ethnologue (2017), melalui kajian yang dilakukan oleh Summer Institute of Linguistics (SIL) bersama Universiti Malaysia Sabah telah mengkategorikan kebanyakan bahasa-bahasa etnik minoriti di Sabah berada pada tahap 6B (terancam) mengikut skala Expanded Graded Intergenerational Disruption Scale (EGIDS). Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat keterancaman bahasa ibunda etnik Lundayeh (salah satu etnik minoriti Sabah) melalui kajian struktur kosa kata arkaik dari sebuah uyu naso anak delei (Lagu dodoian anak) yang masih dipraktikkan. Metodologi kajian ini ialah disiplin ilmu linguistik dengan kaedah kualitatif. Teori kajian adalah teori hakisan leksikel oleh Nancy Dorian (2013). Kerangka kerja tersebut digunakan bagi meneliti kehilangan dan pengurangan sumber leksikel bahasa ibunda etnik Lundayeh dikalangan tiga generasi responden etnik Lundayeh di Long Pasia. Tatacara kajian dan proses mengumpul data dilakukan melalui pemerhatian, temubual struktur separa, soal selidik dan bercerita dengan menggunakan borang soalan temubual, alat perakam, buku catatan dan komputer untuk mendapatkan data kajian. Responden terdiri dari tiga generasi iaitu remaja, ibubapa dan datuknenek, dengan umur yang berbeza-beza. Golongan tua dipilih bagi mengekalkan keaslian bahasa, gabungan lelaki dan perempuan, tinggal lama di lokasi kajian dan pemilihan lokasi kajian adalah di tempat yang terpencil, yang kurang mendapat pengaruh luar disamping sosioekonomi yang homogeneous. Pengkaji telah melakukan semakan bersilang dengan kamus Bahasa Lundayeh terkini (Ganang, 2009) dan juga dengan menggunakan data dari responden kajian bagi mengenalpasti kosa kata arkaik dan struktur bagi kosa kata arkaik terpilih. Sebagai rumusan, pengkaji mendapati bahasa ibunda etnik Lundayeh sudah mengalami hakisan leksikel. 5 daripada 9 kosa kata arkaik di dapati sudah berkurang atau hilang daripada perbendaharaan kata penutur. Pengurangan tersebut disebabkan perubahan bahasa, peralihanbahasa dan tidak digunakan atau penurunan yang tidak lengkap. Kosa kata itu ialah agung, ruseg, arang, safug, dan lang . Dapatan kajian ini penting dan bermanfaat dari aspek teori dan praktikal, yang boleh dimanfaatkan untuk kajian pada masa akan datang.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Etnik Lundayeh, Uyu, Kosa kata arkaik, Struktur kosa kata, Hakisan leksikel |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 09 Sep 2024 10:49 |
Last Modified: | 09 Sep 2024 10:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40859 |
Actions (login required)
View Item |