Mohammad Sham Mohammad (2023) Penglibatan masyarakat maritim teluk darvel dalam kegiatan pelanunan di Borneo Utara, 1845-1915. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (511kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Kajian ini meneliti kegiatan pelanunan di kawasan Teluk Darvel, Pantai Timur Borneo Utara dari tahun 1845 sehingga 1915. Pada awalnya, kegiatan pelanunan mendapat tempat di sebelah pantai barat iaitu di Teluk Marudu dan Tempasuk semasa era Syarif Usman. Perubahan ini berlaku di sebabkan kempen penghapusan lanun di kedua kawasan tersebut sehingga membuatkan Teluk Darvel sebagai lokasi penempatan bagi pelanunan. Kriteria pemilihan Teluk Darvel dilihat berdasarkan sebuah kawasan yang jauh dan belum diketahui oleh pemerintah luar pada ketika itu. Antara keistimewaan kawasan Teluk Darvel adalah kedudukan geografi. Keadaan ini telah menggalakkan kehadiran para datu Sulu dan secara langsung menjadikan Teluk Darvel sebagai tempat persinggahan, pertemuan dan penempatan. Kajian ini akan membincangkan kegiatan pelanunan dan beberapa aspek yang mempengaruhi peristiwa itu dilakukan di Teluk Darvel. Kajian ini turut menilai peranan Iranun, Balangingi dan Bajau dalam aktiviti pelanunan, perhambaan dan perdagangan di Teluk Darvel. Selain itu, perbincangan seterusnya menyentuh peranan pihak British dan BNBCC dalam menghapuskan kegiatan pelanunan sama ada secara kempen ketenteraan dan undang-undang. Fokus utama dalam kajian ini adalah mengetahui akan kegiatan pelanunan yang berlaku di Teluk Darvel. Hal tersebut ingin memperincikan semula faktor kegiatan pelanunan masih mendapat sambutan dalam kalangan pemimpin tempatan di Teluk Darvel. Pada awalnya, kegiatan ini mendapat sokongan daripada Kesultanan Sulu dan para datu sehingga berleluasa pada tahun 1845-1915. Dalam mencapai objektif kajian, kaedah yang digunakan adalah kualitatif yang menekankan penggunaan sumber akhbar lama, fail-fail ordinan, buku-buku, tesis sarjana dan artikel. Hasil dapatan kajian awal ialah Teluk Darvel mempunyai beberapa keistimewaan sehingga berupaya mempelopori kegiatan pelanunan. Perkara ini mendapat reaksi negatif oleh pihak barat dan mengandaikan kegiatan pelanunan merupakan aktiviti tidak bermoral disebabkan kebanyakkan kapal yang diserang adalah kapal mereka. Kepentingan kajian ini adalah membincangkan dengan lebih lanjut mengenai kesinambungan kegiatan pelanunan khususnnya di Teluk Darvel. Oleh itu, kegiatan pelanunan menjadi isu utama yang perlu diberi perhatian terutama bagi kuasa barat yang ingin bertapak di Asia Tenggara.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Teluk Darvel, Pelanunan, Ordinan, BNBCC |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 09 Sep 2024 11:40 |
Last Modified: | 09 Sep 2024 11:40 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40875 |
Actions (login required)
View Item |