Faktor-faktor yang mempengaruhi niat berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam di Kota Kinabalu, Sabah

Putera Aliif Al’ain Jasni (2019) Faktor-faktor yang mempengaruhi niat berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam di Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (273kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi niat berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam di Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, kajian ini turut melihat pelaksanaan dan pencapaian institusi wakaf di negeri Johor dan Selangor yang merupakan antara peneraju utama institusi wakaf di Malaysia dengan mempunyai kepelbagaian produk wakaf yang memudahkan masyarakat di negeri-negeri tersebut untuk menyumbang aktiviti berwakaf. Mekanisma pelaksanaan turut dibincangkan seperti program-program kempen dan agihan serta kerjasama dengan sektor korporat yang membantu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan institusi wakaf dalam pembangunan sosio-ekonomi umat Islam. Model kajian ini menggunapakai kaedah Teori Tingkah Laku yang Dirancang (Theory of Planned Behavior, TPB). Analisis kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran 300 borang soal selidik, yang mana, 271 borang (90 peratus) telah dikembalikan di digunakan untuk kajian ini. Responden terdiri dari golongan akademik, penjawat awam, peniaga dan pelajar. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) digunakan untuk menganalisis data yang meliputi analisis ke atas latar belakang demografi, Analisis Kebolehpercayaan (Reliability Analysis), Analisis Korelasi (Correlation Analysis), dan Analisis Regresi Berganda (Multiple Regressions). Bagi analisis regresi, tujuh pembolehubah tidak bersandar; iaitu tahap kefahaman berkaitan dengan wakaf; peranan keagamaan, faedah ekonomi – (peningkatan dalam pendapatan); faedah sosial – (kemudahan pendidikan); faedah sosial – (kemudahan kesihatan); faktor sikap; dan, norma subjektif telah dipilih untuk mengukur pengaruhnya ke atas pemboleh bersandar kajian ini iaitu Niat untuk Menyokong Berwakaf. Dapatan kajian ini menunjukkan lima pembolehubah mempunyai hubungan positif, iaitu tahap kefahaman berkaitan dengan wakaf, peranan keagamaan, faedah ekonomi - peningkatan dalam pendapatan, faedah sosial – (kemudahan pendidikan) dan norma subjektif, terhadap hubungan pembolehubah Niat untuk Menyokong Berwakaf. Ini jelas mengambarkan potensi yang boleh dibangunkan untuk program berwakaf di Sabah melalui perancangan yang teliti dan teratur serta menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi yang berpengalaman dalam bidang ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Wakaf, Masyarakat Islam, Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Sep 2024 11:41
Last Modified: 09 Sep 2024 11:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40886

Actions (login required)

View Item View Item