Sokongan sosial sebagai moderator di antara ketagihan internet dan simptom psikologikal dalam kalangan penjawat awam

Emilly Anak Sakai (2020) Sokongan sosial sebagai moderator di antara ketagihan internet dan simptom psikologikal dalam kalangan penjawat awam. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (490kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat telah banyak membawa perubahan yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat hari ini. Peningkatan kemajuan dan penggunaan internet ini, tidak ketinggalan dalam memberi kesan kepada golongan penjawat awam yang seterusnya membawa kepada ketagihan internet. Kajian ketagihan internet dan simptom psikologikal ini melibatkan penjawat awam seramai 204 orang dari pelbagai agensi kerajaan di Sabah. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan tinjauan soal selidik dengan menggunakan alat kajian ketagihan internet, simptom psikologikal dan sokongan sosial. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara ketagihan internet dengan simptom psikologikal dalam kalangan penjawat awam, sementara sokongan sosial digunakan sebagai moderator dalam kajian ini. Hasil kajian menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketagihan internet dan simptom psikologikal,malah sokongan sosial turut memainkan peranan sebagai moderator. Implikasi kajian ini dapat membantu pengguna mengetahui tentang kesan ketagihan internet yang dapat menjejaskan kesihatan psikologikal serta pihak pengurusan supaya dapat meningkatkan pretasi kerjaya pekerja.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Penggunaan internet, Ketagihan internet, Simptom psikologikal, Sokongan sosial, Penjawat awam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Sep 2024 10:24
Last Modified: 10 Sep 2024 10:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40887

Actions (login required)

View Item View Item