Hubungan pendidikan, pengalaman kerja, persekitaran perniagaan dan pemikiran strategik terhadap kejayaan usahawan di Indonesia dan Malaysia

Edah Runengsih Talim (2020) Hubungan pendidikan, pengalaman kerja, persekitaran perniagaan dan pemikiran strategik terhadap kejayaan usahawan di Indonesia dan Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (511kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara pendidikan, pengalaman kerja dan persekitaran perniagaan terhadap pemikiran strategik dan kejayaan usahawan di Malaysia dan Indonesia. Sebanyak 460 borang soal selidik telah diedarkan kepada usahawan bumiputera di Kota Kinabalu dan di Kota Bandung, tetapi hanya 404 borang soal selidik sahaja yang boleh digunakan. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan kuantitatif, di mana kesahan data di ukur dengan menggunakan perisian PLS iatu malalui penilaian kebolehpercayaan item individu, kebolehpercayaan ketekalan dalaman, kesahan konvergen dan kesahan diskriminasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa kejayaan usahawan di Malaysia dan di Indonesia dipengaruhi secara signifikan oleh pendidikan non-formal, pendidikan informal dan pengalaman kerja. Selaras dengan itu, pemikiran strategik berjaya menjadi pencelah hubungan di antara pendidikan dan pengalaman kerja terhadap kejayaan usahawan. Manakala persekitaran perniagaan gagal menjadi penyederhana hubungan di antara pemikiran strategik dan kejayaan usahawan. Kajian ini memberi gambaran kepada usahawan secara umum, dan khususnya masyarakat awam akan pentingnya pendidikan, pengalaman kerja dan pemikiran strategik dalam menggalakkan kejayaan usahawan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Kejayaan usahawan, Pemikiran strategik, Pendidikan formal, Pendidikan non-formal, Pendidikan informal, Pengalaman kerja dan persekitaran perniagaan
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Sep 2024 10:25
Last Modified: 10 Sep 2024 10:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40891

Actions (login required)

View Item View Item