Pengaruh perjanjian kolektif, aktiviti kesatuan sekerja dan workstoppages terhadap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah

Nurul Fadilah Ahmad (2020) Pengaruh perjanjian kolektif, aktiviti kesatuan sekerja dan workstoppages terhadap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (916kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan mengenai pengaruh perjanjian kolektif, aktiviti kesatuan sekerja dan workstoppages terhadap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah. Objektif kajian ini adalah mengkaji tahap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah. Kajian ini mengunakan pendekatan kuantitatif yang mengunakan analisis deskriptif serta analisis regrasi mudah bagi menjawab persoalan kajian. Manakala analisis faktor digunakan bagi mengenalpasti, mengurangkan, serta menyusun sebilangan besar item soal selidik ke dalam konstruk-konstruk tertentu. Item-item akan disusun mengikut dimensi agar faktor yang terbentuk sesuai dengan konteks kajian dan sekaligus akan mengesahkan validiti konstruk yang digunakan. Dapatan kajian mendapati tahap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah berada pada tahap tinggi penting dengan nilai min sebanyak 3.68. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan konstruk Latihan mempunyai nilai min yang paling penting iaitu sebanyak 4.22 dan diikuti dengan komunikasi dengan tahap tinggi penting iaitu 3.88. Komitmen pengurusan berada pada tahap tinggi penting dengan nilai min sebanyak 3.48 dan akhir sekali penyertaan pekerja yang mempunyai tahap sederhana penting apabila mempunyai nilai min 3.16 sahaja. Manakala hasil analisis kajian mendapati bahawa faktorfaktor yang mempengaruhi iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah iaitu perjanjian kolektif, aktiviti kesatuan sekerja dan workstoppages diterima dan mempengaruhi iklim keselamatan dalam sektor perladangan sebanyak 34%. Hal ini menunjukkan bahawa setiap pertambahan peranan ahli kesatuan sekerja terhadap keselamatan akan meningkatkan iklim keselamatan sebanyak 25 peratus. Manakala, hasil ujian Anova mendapati nilai F= 31.371 dan signifikan .000 menunjukkan model regrasi ini boleh digunakan untuk meramal iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pengaruh perjanjian kolektif, Sektor perladangan, Tahap iklim keselamatan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Sep 2024 09:51
Last Modified: 13 Sep 2024 09:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40917

Actions (login required)

View Item View Item