Analisis reka bentuk logo sekolah menengah di Daerah Kota Kinabalu Sabah

Andy Sumbing (2020) Analisis reka bentuk logo sekolah menengah di Daerah Kota Kinabalu Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (819kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (30MB)

Abstract

Logo adalah tanda grafik yang berfungsi sebagai identiti sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan, kelab persatuan, organisasi atau kumpulan melalui aplikasi dan olahan elemen grafik. Elemen grafik sesebuah logo terdiri daripada gambar, warna, tipografi, komposisi dan paparan reka bentuk. Kajian ini, adalah menganalisis reka bentuk logo dalam bidang seni visual khususnya logo institusi pendidikan di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini membataskan sampel khusus dengan memilih logo Sekolah Menengah Kebangsaan di Kota Kinabalu. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan teori ikonografi yang diketengahkan oleh Panofsky (1972). Teori ini berasaskan tiga tahap analisis, iaitu peringkat deskripsi reka bentuk logo, analisis ciri logo dan ikonografi yang menyatakan perkaitan makna atau mesej dalam logo. Faktor-faktor pembolehubah dalam kajian ini adalah bersandarkan imej, warna dan tipografi pada logo institusi pendidikan untuk mengenal pasti ciri-ciri dan perkaitan antara makna sebenar. Kajian ini berusaha menjelaskan ciri-ciri dalam logo institusi untuk menjelaskan makna dan identiti institusi pendidikan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa identiti sesebuah organisasi merupakan cerminan daripada ciri-ciri imej, warna dan tipografi yang divisualkan dalam bentuk logo dan mampu menyampaikan mesej atau maklumat. Justeru itu, reka bentuk sesebuah logo mampu memberikan sumbangan kepada institusi pendidikan untuk menjelasan makna yang terdapat dalam logo.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Logo, Identiti, Sekolah Menengah Kebangsaan
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. Illustration > NC1-1940 Drawing. Design. Illustration > NC997-1003 Commercial art. Advertising art
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Sep 2024 09:59
Last Modified: 13 Sep 2024 09:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40963

Actions (login required)

View Item View Item