Syamsul Bahri Andi Mapiare (2022) Pengalaman bimbingan pengajaran sisc+ dalam kalangan guru matematik sekolah rendah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES..pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Pada tahun 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mempertingkatkan peranan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (School Improvement Specialist Coach - SISC+) daripada bersifat separuh masa kepada sepenuh masa. Peranan ini merangkumi tanggungjawab melaksanakan kurikulum dan pentaksiran baharu di dalam bilik darjah, membimbing guru dalam kemahiran pedagogi, dan memantau pelaksanaannya. Semenjak itu, banyak kajian dilakukan terhadap program bimbingan tersebut. Namun, kajian yang ada masih belum cukup untuk menyokong bahawa program bimbingan ini memberi manfaat kepada amalan pengajaran guru mahupun pencapaian akademik pelajar bagi kelas yang diajar. Sehubungan dengan itu kajian ini diketengahkan dengan tujuan untuk meneroka pengalaman sebenar guru sewaktu menjalani bimbingan pengajaran yang dilaksanakan oleh SISC+. Seramai sebelas orang guru Matematik sekolah rendah yang pernah dibimbing oleh SISC+ telah dipilih secara bertujuan untuk ditemu bual menggunakan soalan separa berstruktur. Rakaman temu bual ini kemudian ditranskripsikan ungkapan demi ungkapan, lalu dikod dan dikategorikan untuk memunculkan tema. Tema yang muncul ini kemudian disusun untuk membentuk konstruk teoretikal bagi menjawab tiga persoalan kajian iaitu: bagaimanakah guru Matematik sekolah rendah menggambarkan pengalaman sebenar mereka sewaktu menjalani bimbingan pengajaran yang dipimpin oleh SISC+?; bagaimanakah pengalaman yang telah dilalui oleh guru Matematik ini memberi manfaat kepada amalan pengajaran guru?; dan bagaimanakah pengalaman yang telah dilalui oleh guru Matematik ini berupaya meningkatkan pencapaian akademik pelajar bagi kelas yang diajar? Keputusan kajian mendapati guru menerima baik bimbingan SISC+ sebagai sebahagian daripada peluang pembelajaran yang memberi manfaat kepada amalan pengajaran mereka, sekali gus meningkatkan pencapaian akademik pelajar bagi kelas yang diajar. Selain itu, keputusan kajian ini telah membuktikan bahawa bimbingan pengajaran yang dipimpin oleh SISC+ adalah satu daripada bentuk pembangunan profesionalisme yang dilaksanakan langsung dalam persekitaran kerja guru. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan guru dapat membina hubungan baik dengan SISC+, memandangkan bimbingan yang ditawarkan oleh mereka berdasarkan keperluan pembelajaran guru dan koheren pula dengan perkembangan semasa. Begitu juga dengan pihak sekolah, diharapkan dapat memberikan masa yang mencukupi agar kedua-dua pihak dapat bekerjasama secara aktif dalam merancang, melaksana dan merefleksi semula amalan pengajaran secara kolektif dan berterusan. Manakala bagi SISC+ pula seharusnya mendalami teori pembelajaran dewasa dan teori sosiobudaya serta pendekatan perkongsian dalam menghadapi guru yang pelbagai karakternya. Kemudian, melakukan perubahan sewajarnya terhadap kaedah membimbing guru dalam usaha memastikan kurikulum bertulis diterjemahkan dengan betul dalam pengajaran di dalam bilik darjah melalui bahan pengajaran yang lebih baik. Untuk itu, maka PPD sebagai peneraju Program Transformasi Daerah hendaklah memastikan SISC+ sentiasa kemaskini dan fokus dengan tugas mereka. Akhir sekali, adalah dicadangkan agar kajian membujur dilakukan terhadap program bimbingan pengajaran ini bagi menilai kemajuan pelaksanaannya.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Pembimbing pakar peningkatan sekolah, Pengajaran SISC+, Guru matematik, Program bimbingan |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 27 Sep 2024 08:20 |
Last Modified: | 27 Sep 2024 08:20 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40988 |
Actions (login required)
View Item |