Norhamidah Jarimal @ Safri and Habibie Ibrahim and Sabariah Sharif and Balan Rathakrishnan and Rosy Talin and Joanne Lee Soon Ee and Ainur Amira Jopion (2024) Kajian awal program pemerkasaan pekerjaan untuk golongan orang kurang upaya penglihatan oleh pertubuhan bukan kerajaan di Sabah. Southeast Asia Psychology Journal, 12. pp. 1-30. ISSN 2710-544X
Text
ABSTRACT.pdf Download (39kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (296kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka program pemerkasaan pekerjaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang dikelolakan oleh pertubuhan bukan kerajaan di Sabah. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Pengumpulan data menggunakan temubual secara mendalam dengan menggunakan panduan soalan berbentuk semi struktur, pemerhatian dan sumber dokumen. Peserta kajian terdiri daripada pengelola pertubuhan bukan kerajaan dan OKU penglihatan di Sandakan dan Kota Kinabalu. Peserta OKU penglihatan adalah mereka yang menyertai program pemerkasaan yang dikelolakan oleh pertubuhan bukan kerajaan. Data dianalisis menggunakan analisis tematik oleh Braun dan Clarke (2006). Di Sabah, organisasi pertubuhan bukan kerajaan disokong penuh oleh kerajaan negeri di bawah penyelarasan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS). Dana kerajaan negeri melalui MPMS disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai sokongan dalam menyediakan program bersesuaian untuk pemerkasaan golongan OKU di Sabah. Hasil kajian mendapati terdapat tiga tema yang terhasil iaitu i) Memberikan kemahiran dan peluang pekerjaan; ii) Peningkatan keyakinan diri; dan iii) Persekitaran yang kurang menerima kehadiran OKU. Diharapkan agar agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan OKU dapat menggembeleng tenaga untuk menyediakan program berkesan berdasarkan tiga tema yang terhasil selaras dengan dasar OKU agar golongan ini dapat menikmati hak, peluang dan akses secara saksama, inklusif dalam masyarakat dan memperkasakan ekonomi OKU penglihatan
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Program Pemerkasaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Orang Kurang Upaya Penglihatan, Inklusif |
Subjects: | R Medicine > RD Surgery > RD1-811 Surgery R Medicine > RD Surgery > RD1-811 Surgery > RD101-104 Fractures (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 05 Sep 2024 10:55 |
Last Modified: | 05 Sep 2024 10:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40991 |
Actions (login required)
View Item |