Baszley Bee B. Basrah Bee and Zainuddin Baco (2024) Rumah kedai bersejarah pekan lama Kimanis (1939-2021): Kajian ke atas kemusnahan semula jadi. Jurnal Arkeologi Malaysia, 37 (1). pp. 1-23. ISSN 0128-0732
Text
ABSTRACT.pdf Download (38kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini adalah mengenai bangunan rumah kedai bersejarah di Pekan Lama Kimanis yang telah musnah akibat faktor semula jadi iaitu angin ribut dan dimangkinkan lagi oleh faktor kemerosotan struktur bangunan yang tidak ada usaha pemuliharaan. Objektif kajian ialah menbincangkan faktor utama yang menyebabkan berlaku keruntuhan keseluruhan struktur bangunan kedai. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian arkib untuk mendapatkan data berkaitan dengan sejarah pembinaan dan kajian arkeologi lapangan untuk menilai tahap kemerosotan struktur dan bahan binaan. Dapatan kajian ini ialah tahap kemerosotan sturuktur bangunan berlaku kerana bahan binaannya yang mula mereput, beban bahan binaan baru yang digunakan dalam pengubahsuaian tidak mengikut jenis bahan asal dan tanpa pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Daerah Papar. Ketidakstabilan struktur bangunan menyebabkan hentaman angin dengan kekuatan Kategori 2 pada 12 Oktober 2021 meruntuhkan keseluruhan bahagian bangunan dua tingkat kedai. Pada tahun 2022 keseluruhan rangka runtuhan bangunan ini telah dilupuskan oleh PBT Daerah Papar. Kajian ini amat penting sebagai penanda aras kepada kajian penilaian atau post-mortem jika kemusnahan berlaku ke atas bangunan lain, khususnya di Sabah pada masa depan dan kepentingan memulihara bangunan rumah kedai bersejarah lain yang masih wujud.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Bangunan rumah kedai bersejarah, bencana alam, angin, pemuliharaan Kimanis |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 01 Oct 2024 11:01 |
Last Modified: | 01 Oct 2024 11:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41165 |
Actions (login required)
View Item |