Perkaitan hubungan ibu bapa dan anak dengan pemakanan beremosi: regulasi emosi sebagai moderator

Nurul Izzati Nazir and Agnis Sombuling (2023) Perkaitan hubungan ibu bapa dan anak dengan pemakanan beremosi: regulasi emosi sebagai moderator.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (35kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (407kB) | Request a copy

Abstract

Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan dihadapi oleh seluruh negara. Obesiti merupakan pengumpulan lemak dalam badan secara berlebihan atau tidak normal dan boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan. Masalah obesiti ini bukan sahaja berlaku kepada golongan dewasa, malah turut berlaku kepada mereka diusia remaja. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan berlakunya obesiti. Sebagai contoh gaya pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan tidak sihat secara kerap dan pemakanan beremosi. Selain itu adalah faktor genetik, faktor keadaan sekeliling yang menyebabkan berlakunya masalah psikologi seperti tekanan perasaan dan kemurungan, aktiviti fizikal harian yang tidak sihat, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan sebagainya. Lebih membimbangkan lagi, obesiti membawa kepada timbulnya masalah kesihatan yang lain seperti penyakit jantung, diabetes, pernafasan, komplikasi sendi dan tulang, kesan psikologi seperti kurang keyakinan diri dan banyak lagi. Oleh itu, objektif bagi kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti perkaitan hubungan ibu bapa dan anak dengan pemakanan beremosi, dan regulasi emosi sebagai moderator kajian.

Item Type: Proceedings
Keyword: Hubungan ibu bapa dan anak, Pemakanan beremosi, Regulasi emosi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ755.7-759.92 Parents. Parenthood Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Oct 2024 10:41
Last Modified: 01 Oct 2024 10:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41181

Actions (login required)

View Item View Item