Dimensi dan kesan gangguan seksual pelajar university

Asyira Mutalip and Nur Iqram Syafiqah Roslan @ Rusalan and Syafiqah Syahirah Johanis @ David and Muhammad Idris Bullare @ Bahari (2023) Dimensi dan kesan gangguan seksual pelajar university.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (35kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (376kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan untuk memahami dimensi gangguan seksual dan juga kesan yang diperoleh daripada gangguan seksual dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kes. Seramai tujuh orang pelajar yang mengalami gagguan seksual telah dijadikan sebagai peserta kajian. Data yang telah dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Sebanyak empat tema keseluruhan bagi kesan gangguan seksual yang dirasai oleh mangsa gangguan seksual pelajar universiti. Antara tema bagi dimensi gangguan seksual yang telah dibentuk ialah (a) gangguan dari segi lisan, bukan lisan, visual dan perbuatan, (b) tingkah laku yang mengganggu emosi dan mental, (c) perbuatan yang menyebabkan orang lain tidak selesa, dan (d) perlakuan lucah yang tidak direlakan. Seterusnya, tema bagi kesan gangguan seksual yang telah dikenal pasti ialah (a) trauma, (b) takut terhadap peristiwa yang lalu, (c) kesan emosi marah, dan (d) kemurungan. Kajian ini membolehkan golongan mahasiswa, golongan pendidik, institusi keluarga dan masyarakat memahami mengenai dimensi dan kesan gangguan seksual. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran awal berkaitan isu gangguan seksual terutama mangsa yang terlibat dalam masalah gangguan seksual. Langkah dan cabaran yang dihadapi dan turut dibincangkan di akhir penulisan ini untuk pengkaji di masa yang akan datang dapat menjalankan kajian dalam bidang psikologi khususnya isu yang berkaitan dengan gangguan seksual pelajar universiti.

Item Type: Proceedings
Keyword: Dimensi gangguan seksual, Kesan gangguan seksual, Pelajar universiti
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Oct 2024 10:42
Last Modified: 01 Oct 2024 10:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41185

Actions (login required)

View Item View Item