Cabaran mualaf di Malaysia dan cadangan penyelesaian

Mohd Zulfikaar Azizi Bin Aliakbar and Zaifuddin Md Rasip (2023) Cabaran mualaf di Malaysia dan cadangan penyelesaian. Jurnal Pengajian Islam, 16. pp. 1-12. ISSN 1823-7126

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (267kB) | Request a copy

Abstract

Golongan mualaf merupakan mereka yang melalui proses perpindahan agama iaitu asalnya bukan beragama Islam lalu membuat keputusan untuk memeluk Islam. Kesan daripada proses perpindahan tersebut, golongan mualaf sering ditimpa pelbagai cabaran sebagai seseorang yang baru sahaja mendapat status ‘muslim’. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf di Malaysia. Kajian ini akan dijalankan secara kualitatif menggunakan kajian kepustakaan untuk mengenalpasti kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan cabaran yang dihadapi oleh mualaf di pelbagai kawasan berbeza. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh golongan mualaf di seluruh Malaysia antaranya seperti proses pengislaman yang sukar, gangguan emosi dan mental, kesukaran menyesuaikan cara hidup Islam, penerimaan keluarga, persepsi masyarakat, krisis kewangan, kurang penghayatan agama, cabaran aksesibiliti, dan kekurangan tenaga pengajar tempatan. Pengkaji turut mencadangkan agar semua umat Islam mengambil cakna mengenai cabaran yang dihadapi golongan mualaf kerana mereka sangat memerlukan bimbingan dan sokongan daripada semua pihak. Dapatan kajian ini penting untuk memberi gambaran kepada semua masyakarat Islam dan agensi dakwah yang berkenaan tentang isu yang berlaku dalam kalangan mualaf agar suatu perancangan sistematik dapat dilaksanakan.

Item Type: Article
Keyword: Mualaf, Islam, Cabaran.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 02 Oct 2024 15:52
Last Modified: 02 Oct 2024 15:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41191

Actions (login required)

View Item View Item