Elemen sejarah maritim dalam kurikulum bersepadu sekolah rendah dan kurikulum bersepadu sekolah menengah di Malaysia (1983 – 2017)

Sapihi Dulamit (2020) Elemen sejarah maritim dalam kurikulum bersepadu sekolah rendah dan kurikulum bersepadu sekolah menengah di Malaysia (1983 – 2017). Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (197kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (19MB)

Abstract

Kajian ini meneliti elemen sejarah maritim dalam pendidikan sejarah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dari tahun 1983 sehingga tahun 2017. Kedua-dua kurikulum ini mempunyai impak yang sangat besar dalam dasar pendidikan negara dan merupakan permulaan kepada transformasi pendidikan pada hari ini. Kajian ini adalah menggunakan penyelidikan kualitatif dan pendekatan sejarah dalam memperolehi sumber-sumber kajian sama ada dalam bentuk primer atau sekunder. Bidang sejarah maritim terdapat dalam penggubalan silibus, peperiksaan, dan buku teks yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan KBSR dan Sejarah KBSM dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan elemen sejarah maritim yang digubal dalam silibus Kajian Tempatan KBSR ialah 8.3 peratus. Manakala silibus Sejarah di peringkat KBSM, 33.3 peratus digubal diperingkat menengah rendah dan 8.3 peratus di peringkat menengah atas. Dalam penilaian peringkat PMR, hanya 11.7 peratus soalan berkaitan sejarah maritim dikemukakan dalam tempoh 2005-2010. Di peringkat SPM, hanya 7.5 peratus soalan berkaitan sejarah maritim dikemukakan dalam kertas 1 dan 12 peratus dalam kertas 2 dalam tempoh 2011-2015.Ini membuktikan bahawa elemen sejarah maritim perlu perhatian yang sewajarnya dalam kurikulum pendidikan di Malaysia.elemen sejarah maritim masih terikat dengan Kesultanan Melayu Melaka dari peristiwa pengasasan, zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan Melaka. Penggubalan berkaitan bidang maritim itu sendiri sepatutnya lebih luas daripada membicarakan tentang Kesultanan Melayu Melaka semata-mata. Bidang maritim dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dinyatakan dengan jelas, kerana istilah ‘maritim’ hanya mula digunakan dalam silibus dan buku teks sejarah tingkatan empat. Perbincangan berkaitan bidang sejarah maritim sewajarnya meliputi negerinegeri Sarawak dan Sabah dalam perspektif yang lebih luas.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Elemen, Sejarah maritim, Mata pelajaran kajian tempatan, Mata pelajaran sejarah, Kurikulum bersepadu sekolah rendah, Kurikulum bersepadu sekolah menengah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > D History (General) > D1-2027 History (General) > D1-24.5 General
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Oct 2024 11:24
Last Modified: 14 Oct 2024 11:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41208

Actions (login required)

View Item View Item