Mohd Nasrun Mohd Talib and Hafiz Hamzah (2024) Peranan pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dalam pengimarahan: Satu analisis. Al-Takamul Al-Ma’rifi, 7. pp. 1-11. ISSN 2716-6899
Text
ABSTRACT.pdf Download (38kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (309kB) | Request a copy |
Abstract
Masjid merupakan institusi yang berperanan penting sebagai pusat ibadah dan pusat pengembangan ilmu pengetahuan. Masjid juga merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk mengerjakan solat berjemaah di samping sebagai agen untuk menyatukan masyarakat melalui program-program pengimarahannya. Masjid juga adalah sebuah institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai pengajian ilmu berkaitan Islam bagi setiap lapisan umur dan kedudukan dalam kalangan masyarakat Islam. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu merupakan masjid yang terkemuka di Malaysia dan menerima anugerah kerana peranan dan sumbangannya ke arah membangun ummah berpandukan kearifan tempatan dengan mentransformasi fungsi masjid sebagai pusat pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi dan pelancongan Islam di samping kuliah-kuliah agama yang tersusun dan dilaksanakan oleh pihak pengurusannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan dan sumbangan pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di dalam pengimarahan masjid. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual dan analisis kandungan. Kejayaan yang dikecapi oleh Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebagai masjid Hadari Kebangsaan 2009, Masjid Inovasi Kebangsaan 2011, Masjid Cemerlang negeri Sabah dan Kebangsaan, dan anugerah Masjid Penanda Aras Cemerlang tahun 2023 menunjukkan keberhasilan dalam pengimarahan daripada pengurusan masjid yang teratur. Justeru, masjid menjadi lambang kepada kekuatan ummah meliputi aspek ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan pelancongan sekaligus memartabatkan syiar Islam melalui institusi masjid.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, pengimarahan, pengurusan |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT101-395 Urban groups. The city. Urban sociology > HT165.5-169.9 City planning N Fine Arts > NA Architecture > NA1-9428 Architecture > NA4100-8480 Special classes of buildings > NA4170-8480 Classed by use |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 03 Oct 2024 14:45 |
Last Modified: | 03 Oct 2024 14:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41221 |
Actions (login required)
View Item |