Osman Said (2020) Pengaruh sikap ke atas kompetensi pengurusan disiplin sekolah kebangsaan di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (555kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh sikap ke atas disiplin, pengetahuan guru disiplin dan kemahiran guru disiplin terhadap kompetensi pengurusan disiplin sekolah kebangsaan di Sabah. Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel melibatkan seramai 320 ketua guru disiplin selaku responden terpilih melalui gabungan teknik pensampelan rawak mudah. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistik IBM SPSS versi 22 dan analisis AMOS-SEM. Data yang diperoleh, dianalisis secara deskriptif (untuk mengukur min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan) dan analisis inferensi menggunakan ujian statistik parametrik iaitu ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan sikap ke atas disiplin ketua guru disiplin berada pada tahap tinggi (min=4.050), manakala tahap pengetahuan (min=3.770) dan tahap kemahiran ketua guru disiplin (min=3.953) serta kompetensi pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.899). Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Manakala keputusan ujian ANOVA sehala berdasarkan pengalaman mengajar, pengalaman sebagai ketua guru disiplin dan bilangan murid di sekolah, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap ke atas disiplin, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran ketua guru disiplin dengan kompetensi pengurusan disiplin sekolah kebangsaan. Bagi analisis regresi berganda, membuktikan terdapat pengaruh yang signifikan faktor peramal iaitu sikap ke atas disiplin, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran ketua guru disiplin terhadap kompetensi pengurusan disiplin sekolah kebangsaan pada kadar 81 peratus. Analisis AMOS-SEM yang menggunakan model dicadangkan, menunjukkan data yang digunakan adalah sepadan dan menyokong dapatan analisis regresi berganda dan menunjukkan terdapat model sumbangan yang signifikan. Implikasi daripada kajian ini, mencadangkan bahawa kompetensi pengurusan disiplin sekolah kebangsaan perlu sentiasa dipertingkatkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan kerohanian.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Pengaruh sikap, Pengurusan disiplin sekolah, Guru disiplin |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 Oct 2024 13:53 |
Last Modified: | 16 Oct 2024 13:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41225 |
Actions (login required)
View Item |