Dgku Siti Noraini Pg Alli Rahman (2020) Identiti dan societal security di Malaysia: Kajian kes ke atas respon dan tindakan masyarakat Melayu-Muslim terhadap isu kalimah Allah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kajian ini menggunakan konsep keselamatan societal dalam memahami persaingan yang berlaku di antara masyarakat beragama Islam dan Kristian mengenai perkataan Allah. Kajian mengenai isu yang melibatkan isu keselamatan sememangnya telah banyak dikaji oleh para sarjana tempatan mahupun antarabangsa, namun, kajian tersebut di dominasi oleh kajian keselamatan yang bersifat tradisional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memahami bagaimana sebuah isu yang berkaitan isu masyarakat boleh menghasilkan satu bentuk ancaman terhadap sesebuah masyarakat yang lain. Untuk tujuan itu, dengan menggunakan konsep keselamatan societal maka fenomena isu kalimah Allah yang melibatkan masyarakat Islam dan Kristian di Semenanjung Malaysia mampu diperjelaskan bagaimana ianya mampu mencetus keselamatan societal. Kajian ini juga dijalankan demi mencapai beberapa objektif antaranya untuk mengenal pasti kepentingan konsep keselamatan societal dalam disiplin kajian keselamatan; untuk mengkaji dan melihat konsep dilema keselamatan societal dan pengoperasiannya dalam isu kalimah Allah di Malaysia; untuk melihat respon aktor-aktor Melayu Islam dalam isu kalimah Allah dan untuk melihat tindakan yang diambil oleh pihak Melayu- Muslim bagi mempertahankan identiti mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggabungkan beberapa metode penyelidikan seperti analisi teks, analisis dokumen (seperti laporan kerajaan dan akhbar-akhbar utama), dan temu bual. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa keselamatan tidak hanya melibatkan isu ketenteraan semata-mata, tetapi isu berkait dengan identiti juga merupakan isu yang boleh di angkat menjadi isu keselamatan. Oleh itu, dengan menggunakan isu kalimah Allah yang berlaku di antara masyarakat Islam dan Kristian, kajian ini berjaya menunjukkan bagaimana konsep keselamatan societal mampu menjelaskan bagaimana sesuatu isu itu boleh di label sebagai isu keselamatan di Malaysia.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Keselamatan societal, Masyarakat, Islam, Kristian, Melayu-muslim |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP166-166.94 Theology (Kalam) |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 Oct 2024 13:54 |
Last Modified: | 16 Oct 2024 13:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41229 |
Actions (login required)
View Item |