Reka bentuk dan ragam hias monumen pengebumian sungkup masyarakat Iban di bahagian Sarikei Sarawak

Nazri Anak Mambut (2019) Reka bentuk dan ragam hias monumen pengebumian sungkup masyarakat Iban di bahagian Sarikei Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (780kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12MB)

Abstract

Penulisan ini adalah penyelidikan mengenai monumen pengebumian sungkup yang dibuat oleh masyarakat Iban semasa perayaan Gawai Antu, Pembinaan sungkup dalam perayaan Gawai Antu merupakan persembahan terakhir untuk si mati. Sungkup ini diperbuat daripada kayu jenis keras dan bentuknya yang kecil seperti pondok ataupun dikenali burial huts. Dalam masyarakat Iban mereka akan membuat sungkup dengan pelbagai reka bentuk dan ragam hias misalnya balu menyagu yang boleh dikaitkan dengan kepercayaan kehidupan selepas kematian. Lokasi kajian dilakukan adalah di kampung Sungai Buluh Ulu Entabai Pakan Sarikei Sarawak. Kajian hanya berfokus kepada tujuh buah monumen sungkup sahaja. Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah kajian etnografi dan bersifat kualitatif iaitu penglibatan pengkaji terus di lapangan. Data diperoleh melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan merekod data. Dalam menganalisis data yang diperoleh pengkaji menggunakan pendekatan teori ikonografi yang dikemukakan oleh Erwin Panofsky dan gabungan analisis formalistik oleh Edmund Feldman. Terdapat empat tahap dalam pendekatan Feldman iaitu diskripsi, analisis formal, intepretasi dan juga penilaian manakala pendekatan Panofsky adalah primer, sekunder dan makna. Hasil daripada gabungan pendekatan tersebut maka terhasil kaedah pendekatan yang digunakan oleh pengkaji iaitu deskripsi subjek, analisis formalistik dan intepretasi budaya. Pengkaji meneroka serta mengenal pasti makna yang tersirat pada reka bentuk, ragam hias dan pengaruh budaya dalam penghasilan monumen sungkup. Hasil kajian ini mendapati bahawa penghasilan reka bentuk dan ragam hias pada monumen sungkup dipengaruhi oleh adat dan budaya, kepercayaan tradisi, kehidupan seharian serta keperibadian si mati.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Reka bentuk, Hias monumen pengebumian, Sungkup, Iban, Sarikei
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Oct 2024 15:19
Last Modified: 18 Oct 2024 15:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41263

Actions (login required)

View Item View Item