Signifikan penemuan gendang gangsa Timbang Dayang di Sabah dalam konteks arkeologi serantau

Nordiana Nasuha Molinka (2022) Signifikan penemuan gendang gangsa Timbang Dayang di Sabah dalam konteks arkeologi serantau. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (815kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan hanya tertumpu kepada gendang gangsa yang ditemui di Sabah sahaja iaitu gendang gangsa Timbang Dayang (GGTD), Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Fokus kajian adalah mengkaji dan menilai semula rupa bentuk sebenar dan motif serta pola hiasan artifak GGTD yang tela h mengalami kerosakkan lebih daripada 70% akibat rapuh dan kesan patina serta tanah yang tidak dibersihkan. Selain itu juga, isu fungsi artifak GGTD terus menjadi misteri sehingga kini walaupun telah dipamerkan kepada umum. Oleh itu, pengetahuan mengenai f ungsi adalah penting kerana ia merupakan gendang tunggal di bahagian Malaysia Timur. Kajian ini juga merungkaikan mengenai kedudukan dan perkaitan artifak GGTD dengan artifak gendang gangsa yang lain di Asia Tenggara. Kajian sedemikian amat signifikan dala m menyelesaikan isu asal asal-usul artifak GGTD dan keberadaanya di Timbang Dayang, Pulau Banggi. Pendekatan yang digunakan dalam kajian adalah kaedah arkeologi iaitu me libatkan proses rekonstruksi replika artifak dan secara 3D imej terhadap artifak GGTD. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa GGTD merupakan gendang gangsa dalam klasifikasi Heger I dan berada dalam keluarga gendang gangsa Dongson. Walau bagaimanapun, artifak GGTD adalah berbeza dengan artifak gendang gangsa yang lain kerana mempunyai ci ciri-ciriny a yang tersendiri.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Gendang gangsa, Gendang gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Oct 2024 15:51
Last Modified: 18 Oct 2024 15:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41266

Actions (login required)

View Item View Item