Impak penutupan perlombongan arang batu terhadap sosioekonomi komuniti rumah panjang di Bukit Dinding, Daerah Mukah, Sarawak

Andrew Siba Mattew (2020) Impak penutupan perlombongan arang batu terhadap sosioekonomi komuniti rumah panjang di Bukit Dinding, Daerah Mukah, Sarawak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (831kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

perlombongan memberi banyak manfaat kepada pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar di Sarawak. Namun begitu, industri ini bersifat sementara kerana industri ini sangat bergantung kepada bekalan sumber yang ada. Justeru, impak penutupan perlombongan sangat penting untuk dikaji dan difahami supaya pembangunan sosioekonomi khususnya di kawasan luar bandar dapat dirancang dan diperkasakan walaupun setelah sesebuah kawasan perlombongan itu ditutup. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak penutupan perlombongan arang batu kepada komuniti setempat di Bukit Dinding, daerah Mukah, Sarawak. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti impak penutupan perlombongan arang batu kepada sosioekonomi komuniti setempat, menilai strategi kelangsungan hidup komuniti setempat selepas penutupan lombong arang batu dan mengenalpasti langkah sesuai untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi komuniti setempat. Kaedah utama kajian ini ialah kuantitatif. Data primer dikumpul melalui borang soal selidik dan pemerhatian. Data primer juga dikumpul melalui kaedah kualitatif sebagai data sokongan kepada kuantitaitif melalui kaedah temu bual. Data sekunder turut digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati penutupan lombong arang batu di kawasan kajian memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat dengan wujudnya peluang pembangunan di sekitar kawasan lombong khususnya melalui peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, pembangunan sumber ekonomi tanah, dan kemudahan jaringan pengangkutan. Justeru, berdasarkan dapatan kajian ini, impak penutupan perlombongan wajar diberikan perhatian yang serius. Ini kerana, pengurusan impak penutupan kawasan perlombongan yang baik boleh merancakkan lagi pembangunan sosioekonomi setempat. Komuniti setempat telah mengambil beberapa langkah strategi kelangsungan hidup selepas penutupan lombong iaitu pekerjaan, jalan perhubungan, pengurusan tanah, dan kualiti dan kesuburan tanah. Dalam konteks ini, kerjasama yang padu antara komuniti setempat, syarikat perlombongan dan pihak kerajaan dalam mengurus impak penutupan kawasan perlombongan adalah perlu di samping memantapkan pembangunan sosioekonomi komuniti setempat kerana memberi manfaat dari aspek akses jaringan pengangkutan, pengalaman dan kemahiran pekerja, panduan kepada pihak kerajaan, dan perkembangan sektor pertanian.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Industri perlombongan, Sosioekonomi, Arang batu
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD194-195 Environmental effects of industries and plants
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Oct 2024 14:21
Last Modified: 22 Oct 2024 14:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41280

Actions (login required)

View Item View Item