Kanak-kanak tanpa dokumen : Kajian keselamatan insan di Tawau, Sabah

Amir Shah Noor Ahmad (2020) Kanak-kanak tanpa dokumen : Kajian keselamatan insan di Tawau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24PAGES.pdf

Download (298kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Isu-isu keselamatan non-tradisional seperti penyeludupan migran asing, dadah, jenayah domestik pendatang asing tanpa izin dan keganasan telah menjadi tumpuan dan sebuah fenomena dalam membincangkan isu keselamatan masa kini. Migrasi yang berpanjangan telah menyumbang kepada fenomena dan kewujudan sebilangan kanak-kanak tanpa dokumen di Sabah. Golongan ini merupakan golongan yang terpinggir dan terdedah dengan pelbagai ancaman, dengan menggunakan konsep keselamatan insan maka kajian ini mengupas dua komponen utama keselamatan insan iaitu ‘freedom from fear’ dan ‘freedom from want’’ ke atas kanak- kanak tanpa dokumen di Sabah. Tiga objektif utama kajian ini iaitu pertama, membincangkan faktor penyumbang fenomena kewujudan kanak-kanak tanpa dokumen di Sabah dari segi faktor tolakan dan tarikan dalam konteks Sabah dan Indonesia. Kedua, membincangkan aspek keselamatan insan dihadapi oleh kanakkanak tanpa dokumen dan yang ketiga ialah menganalisis keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan cabaran yang dihadapi oleh Sabah dalam mendepani semua ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualtitatif melalui pengumpulan data primer iaitu temubual bersama kanak-kanak dan ibu bapa warganegara Indonesia di Ladang dan Pusat Tahanan Sementara (PTS) serta temubual bersama agensi yang terlibat dan juga melalui kaedah pemerhatian di ladang. Selain itu, pengumpulan data skunder juga turut dijalankan melalui semakan dokumen-dokumen dan penyelidikan sebelumnya seperti, buku, jurnal dan tesis. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kewujudan kanak-kanak tanpa dokumen disebabkan pelbagai faktor tolakan dan tarikan seperti peluang pekerjaan ibu bapa mereka di Sabah dan takut untuk berpisah dengan anak-anak. Keselamatan kanakkanak tidak berdokumen ini tidak terjamin kerana terdedah kepada pelbagai ekploitasi dan hak-hak asas mereka tidak dapat dipenuhi dengan baik. Dalam langkah mengatasi masalah ini, pelbagai usaha-usaha telah dilaksanakan dalam menguatkuasakan undang-undang namun pelbagai cabaran dihadapi oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam mengekang fenomena kanak-kanak tanpa dokumen ini terus berkembang di Sabah. “Freedom from fear dan freedom from want kanak-kanak tanpa dokumen di Sabah tidak dapat dipenuhi sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang menghalang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kanak-kanak tanpa dokumen, Keselamatan insan, Pendatang asing tanpa izin, Migrasi
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ767.8-792.2 Children. Child development Including child rearing, child life, play, socialization, children's rights
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Oct 2024 14:22
Last Modified: 22 Oct 2024 14:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41282

Actions (login required)

View Item View Item