Lansaran etnik Murut Tahol : analisis aspek permainan tradisional, persembahan ritual dan sekular

Toh, Min Min (2020) Lansaran etnik Murut Tahol : analisis aspek permainan tradisional, persembahan ritual dan sekular. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (939kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Lansaran ialah salah satu persembahan tradisional etnik Murut Tahol, yang tinggal di pedalaman Sabah. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap Lansaran sebagai permainan tradisional, persembahan ritual dan sebagai tarian olahan pada masa ini. Selain itu, persoalan sama ada Lansaran ialah sejenis tarian atau permainan tradisional turut dijadikan fokus kajian ini. Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menjalankan kerja lapangan di Daerah Kota Kinabalu, Daerah Tenom dan Daerah Nabawan. Analisis yang dilakukan dalam kajian ini adalah berasaskan interpretasi terhadap hasil temu bual bersama koreografer tarian tradisional Sabah dan informan Murut di tempat kajian. Hasil analisis mendapati persembahan Lansaran pada asalnya ialah sejenis permainan tradisional, dan pada hari-hari terkemudian dijadikan sebahagian daripada ritual Kukui, yang berkait rapat dengan budaya mengayau etnik Murut Tahol. Pada masa ini, Lansaran telah diolah sebagai sebuah tarian olahan yang dipertandingkan. Berdasarkan analisis perbandingan terhadap ciri-ciri permainan tradisional dan ciri-ciri tarian pula, kajian ini mendapati Lansaran olahan ialah sejenis tarian. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menonjolkan Lansaran sebagai sejenis permainan tradisional, persembahan ritual mengayau serta diolah menjadi sejenis tarian sekular pada masa ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Lansaran, Etnik Murut Tahol, Persembahan tradisional
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV1580-1799.4 Dancing
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Oct 2024 14:23
Last Modified: 22 Oct 2024 14:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41288

Actions (login required)

View Item View Item