Roslee Talip and Mohd. Yusof Abdullah and Dg. Norizah Ag. Kiflee@Dzulkifli and Elizabeth Lim Siew Ping (2021) Pengaruh pengurusan kokurikulum dan keterlibatan pelajar dalam kokurikulum terhadap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Jurnal Kesidang, 6. pp. 1-11.
Text
ABSTRACT.pdf Download (39kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (219kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengurusan kokurikulum pelajar, keterlibatan pelajar dalam kokurikulum dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan menggunakan instrumen soal selidik melibatkan responden seramai 320 orang pelajar tingkatan empat yang terlibat dalam kegiatan kokurikulum di 9 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemilihan sampel kajian menggunakan pensampelan rawak berstrata berkadar. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Berdasarkan analisis deskriptif, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengurusan kokurikulum pelajar berada pada tahap yang tinggi (M=3.77). Manakala tahap keterlibatan pelajar dalam kokurikulum (M=3.47) dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar (M=3.64) masing- masing berada pada tahap sederhana. Analisis Korelasi Pearson pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan kokurikulum pelajar dan keterlibatan pelajar dalam kokurikulum dengan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan (r=0.39).
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pengurusan Kokurikulum Pelajar, Keterlibatan Pelajar, Kemahiran Insaniah |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies) > DS633-644.46 History L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3602-3640 School life. Student manners and customs |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 14 Oct 2024 10:28 |
Last Modified: | 14 Oct 2024 10:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41322 |
Actions (login required)
View Item |