Wan Mohd Amjad Wan Halim and Siti Hanisah Sabri and Afiffudin Mohammed Noor and Nor Iman Nabila Abu Bakar and Nor Syahida Hashim and Nor Fatin Syuhaidah Nayan (2022) Persepsi mahasiswa Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis terhadap kursus CTU211 sains dan Teknologi Islam. Journal Of Information System And Technology Management, 7. pp. 1-13. ISSN 0128-1666
Text
ABSTRACT.pdf Download (40kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (542kB) | Request a copy |
Abstract
Mahasiswa merupakan aset yang amat berharga dalam membina peradaban bangsa di sesebuah negara. Kemandirian mahasiswa itu untuk mendepani cabaran globalisasi dan persaingan dalam pasaran yang sengit, kualiti subjek dan sukatan pelajaran yang dipelajari di universiti tidak kurang pentingnya dalam membentuk mahasiswa berdaya saing. Merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Syed Saddiq yang mendakwa bahawa subjek wajib di universiti dilihat sebagai bebanan kepada mahasiwa. Menurut beliau, subjek wajib tersebut perlu dijadikan elektif sahaja kerana ia tidak penting serta menyebabkan memakan masa yang lama. Disebabkan kursus CTU211 merupakan subjek wajib bagi mahasiswa diploma sains UiTM, maka sudah tentu subjek tersebut menerima tempias daripada kenyataan tersebut. Satu kajian awal perlu dilakukan bagi membuktikan kerelevanan subjek wajib khususnya di Universiti Teknologi Mara. Oleh itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengkaji persepsi mahasiswa diploma Universiti Teknologi Mara cawangan Perlis terhadap kursus Sains dan Teknologi Islam memandangkan subjek ini adalah wajib bagi mahasiswa diploma dalam bidang sains secara umumnya di universiti berkenaan. Pengkaji menggunakan metode campuran kualitatif dan kuantitatif melalui kajian kepustakaan dan kaedah temu bual pensyarah yang mengajar kursus CTU211. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Selain itu, pengkaji menjalankan kaji selidik kepada 250 orang informan yang terdiri daripada mahasiswa diploma dalam bidang sains dan perladangan semester sesi Oktober 2021/Mac 2022. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS. Kajian ini penting dalam mengkaji persepsi mahasiswa kerana subjek ini merupakan salah satu teras dalam pembinaan pandangan alam Islam mahasiswa bahawa ilmu sains merupakan fardu kifayah ilmu yang dituntut dalam agama Islam. Hasil tinjauan awal mendapati mahasiswa berpandangan bahawa kursus ini amat penting dalam membina kerangka pemikiran Islam dalam diri mereka. Mahasiswa juga berpandangan bahawa kursus ini relevan dan perlu diteruskan dalam usaha mendidik serta melestarikan anak bangsa khususnya dalam mengintegrasikan ilmu duniawi dan ukhrawi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Fardu Kifayah, Persepsi, Sains Dan Teknologi Islam, Subjek Wajib |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General > BP50-68 History |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 14 Oct 2024 10:41 |
Last Modified: | 14 Oct 2024 10:41 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41344 |
Actions (login required)
View Item |