Struktur jejaring segi tiga menggunakan gabungan senarai sisi terhubung-berganda dan skim rerama (IDCEL)

Nurhamiezrah binti Midin (2019) Struktur jejaring segi tiga menggunakan gabungan senarai sisi terhubung-berganda dan skim rerama (IDCEL). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (707kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kaedah subdivisi telah terbukti dapat menghasilkan permukaan licin bagi model 3D berasaskan jejaring segi tiga dengan membahagikan setiap muka segi tiga ke unit yang lebih kecil dalam beberapa iterasi. Walau bagaimanapun, proses ini menyebabkan model 3D menjadi semakin kompleks berikutan bilangan data jejaring meningkat bagi setiap iterasi subdivisi. Struktur jejaring poligon yang baik adalah struktur yang mampu mengendalikan jumlah data jejaring yang banyak dalam masa yang singkat. Pelaksanaan subdivisi oleh penyelidik terdahulu membuktikan bahawa proses subdivisi memerlukan kos komputasi masa yang tinggi. Untuk mengurangkan kos komputasi masa ini, penyelidik terdahulu juga membangunkan struktur jejaring poligon yang memfokuskan pada salah satu maklumat sahaja iaitu maklumat topologi atau maklumat geometri kerana tidak semua aplikasi yang memerlukan kedua-dua maklumat pada masa yang sama. Justeru, kajian ini adalah untuk membangunkan struktur jejaring segi tiga bagi model 3D kompleks yang efisien dari sudut masa komputasi dengan menggabungkan struktur data Senarai Sisi Terhubung Berganda yang diubahsuai (MDCEL) dan skim subdivisi Skim Rerama yang ditambahbaik (IMBS). Teknik MDCEL diperkenalkan untuk menyingkatkan masa komputasi jejaring segi tiga dengan menetapkan orientasi sisi-separuh dalam orientasi yang sama. Pengujian telah dilakukan ke atas beberapa model 3D. Model yang mempunyai sisi paling banyak adalah model arnab. Masa yang diambil oleh MDCEL adalah 5.23525 saat atau 42.10% lebih laju berbanding teknik asal dalam komputasi keseluruhan sisi model arnab. IMBS pula adalah hasil pengubahsuaian Skim Rerama Kedua (MBS) yang mana mengendalikan valence normal yang bernilai 6 dan valence luar biasa (3, 4 dan 5) bagi titik jejaring segi tiga. Dengan menggunakan IMBS, masa komputasi jejaring segi tiga bagi model arnab yang memiliki 1168 muka asal adalah 13.836 saat, 6.57% lebih singkat daripada teknik asal. Penggabungan teknik MDCEL dan IMBS (IDCEL) akan menghasilkan satu teknik yang dapat mengurangkan masa komputasi bagi proses subdivisi. Masa komputasi yang diambil oleh IDCEL untuk memvisualkan model arnab adalah 6.059 saat (22.88%) lebih laju berbanding masa yang diambil oleh IMBS dan 24.934 saat iaitu 2.55% lebih cepat ketika melaksanakan iterasi peringkat keempat yang menghasilkan 299008 jejaring segi tiga bagi model arnab yang sama. Keputusan eksperimen ini menunjukkan teknik cadangan adalah efisien dari sudut masa komputasi dalam mengendalikan model 3D yang kompleks.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Jejaring segi tiga, Kaedah subdivisi
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK1-9971 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > TK5101-6720 Telecommunication Including telegraphy, telephone, radio, radar, television
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Oct 2024 16:02
Last Modified: 28 Oct 2024 16:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41362

Actions (login required)

View Item View Item