Roben Well (2019) Program penempatan semula penduduk dan pembangunan bersepadu gana (grid) : implikasi kepada aset penghidupan penduduk. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Penempatan semula penduduk merupakan salah satu program yang dilaksanakan untuk memajukan kawasan luar bandar di kebanyakan dunia. Di Malaysia terdapat beberapa program penempatan semula penduduk yang dilaksanakan seperti FELDA, Rancangan Pengumpulan Orang Asli dan Penempatan Semula Empangan Bakun telah memberikan impak kepada penduduk yang terlibat. Selaras dengan trend global pada masa kini yang menekankan kepada pembangunan mampan, terdapat keperluan untuk menilai impak pelaksanaan sesebuah program penempatan semula penduduk. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menilai implikasi GRID kepada aset penghidupan peserta. Terdapat tiga objektif telah digariskan iaitu mengenal pasti aktiviti sosioekonomi peserta sebelum dan selepas pelaksanaan GRID, menganalisis impak GRID kepada aset penghidupan peserta dan mencadangkan langkah untuk memperkasa aset penghidupan peserta. Seterusnya, pendekatan kajian kuantitatif dan kualitatif telah digunakan dengan data dicerap menggunakan borang soal selidik, temu bual, dan pemerhatian. Seramai 103 orang responden telah terlibat yang terdiri daripada ketua keluarga dan mempunyai pengalaman hidup di kampung asal dan GRID. Selanjutnya, data kuantitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dengan data dipersembahan dalam bentuk frekuensi, min dan graf. Manakala, data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis naratif. Hasil kajian mendapati setelah peserta berpindah ke GRID aktiviti bukan pertanian menjadi aktivti yang semakin penting dan aktviti pertanian tetap menjadi aktiviti utama mereka di kedua-dua kawasan. Seterusnya, impak positif yang ketara ialah impak kepada aset fizikal seperti penyediaan kemudahan infrastruktur yang konsisten dan impak kepada aset manusia seperti peningkatan taraf pendidikan golongan muda. Selain itu, program GRID telah mendatangkan impak negatif kepada aset semula jadi seperti kehilangan akses sumber hutan dan pemilikan tanah. Secara keseluruhannya, penggunaan Sustainable Livelihood Approach (SLA) untuk mengenal pasti impak penempatan semula telah membantu untuk melihat impak GRID terhadap aset penghidupan peserta secara menyeluruh.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Penempatan semula penduduk, Luar bandar |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD101-1395.5 Land use; Land tenure |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 30 Oct 2024 15:34 |
Last Modified: | 30 Oct 2024 15:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41371 |
Actions (login required)
View Item |