Sumber kelangsungan penyeludupan barangan di sempadan Malaysia, Sarawak (Lubok Antu)-Indonesia, Kalimantan Barat (Badau)

Tay, Julie Gek Hsia (2019) Sumber kelangsungan penyeludupan barangan di sempadan Malaysia, Sarawak (Lubok Antu)-Indonesia, Kalimantan Barat (Badau). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (640kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Isu “penyeludupan” barang keperluan asas di kawasan sempadan khususnya Malaysia-Indonesia, telah berlaku sejak sebelum pembentukan Negara Persekutuan pada 1963. Kajian sedia ada menunjukkan walaupun terdapat kawalan ketat Kastam di setiap sempadan antara dua buah negara tetapi kegiatan penyeludupan barangan masih terus berlaku. Oleh itu, timbul persoalan utama mengapakah kegiatan penyeludupan barangan ini terus berlaku? Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis sumber-sumber kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia iaitu di Lubok Antu dan Badau. Objektif khusus kajian ini adalah mengenalpasti sumber yang menyumbang kepada kelangsungan aktiviti penyeludupan barangan dan seterusnya meneliti bagaimana sumber wujudulu dan wujudkemudian menjadi sumber penting dalam kelangsungan penyeludupan barangan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan reka bentuk kajian kes dan data di kutip menggunakan temu bual mendalam dan pemerhatian. Sampel kajian melibatkan seramai 15 orang responden melalui kaedah persampelan bertujuan. Data temu bual telah dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Kajian ini mendapati terdapat dua sumber yang menyumbang kepada faktor kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan. Pertama, sumber wujudulu yang merangkumi sejarah perdagangan, hubungan kekeluargaan, sentimen kekitaan, budaya dan geografi. Kedua, sumber wujudkemudian yang merangkumi pintu sempadan iaitu Kastam dan Imigresen, undang-undang penyeludupan, dan anggota penguatkuasa undang-undang. Sumber wujudulu mengasimilasikan budaya perdagangan yang menolak konsep “penyeludupan barangan keperluan asas”. Masyarakat setempat percaya kegiatan penyeludupan ini berlaku kerana faktor saling memerlukan. Dalam hal ini, sentimen kekitaan (sense of belonging), serta nilai kekeluargaan dan persahabatan membuatkan mereka melihat perkara ini bukanlah sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Sumber wujudulu kemudiannya mempengaruhi persepsi dalam kalangan pihak penguatkuasa di kedua-dua buah negara bahawa kegiatan “penyeludupan barangan keperluan asas” itu adalah budaya komuniti sempadan yang harus diteruskan bagi membekalkan keperluan asas untuk komuniti.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Penyeludupan barangan, Komuniti sempadan, Sumber kelangsungan penyeludupan, Sumber wujudulu, Sumber wujud kemudian
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > HJ9-9940 Public finance > HJ6603-7390 Customs administration
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Nov 2024 09:07
Last Modified: 01 Nov 2024 09:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41373

Actions (login required)

View Item View Item