Amy Azuan Abdullah (2023) Keberadaan dan penglibatan kuasa-kuasa barat di Laut China Selatan, 1600-1975. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (564kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) |
Abstract
Laut China Selatan (LCS) mencakupi ruang wilayah daratan serta kelautan yang menghubungkan dunia Timur dan Barat dari era tradisional hingga moden. Tamsilnya, keberadaan dan penglibatan kuasa Barat dimanifestasi melalui aspek kartografi-pelayaran, perdagangan dan ketenteraan. Korelasi ini membuktikan bahawa sejarah LCS signifikan melalui interaksi pelbagai kuasa Barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda, British, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia (Kesatuan Soviet). Permasalahan kajian tesis ini adalah berkaitan kontradiksi konsep wilayah dan kelautan yang akhirnya mengakibatkan berlakunya isu tuntutan bertindih ke atas LCS melalui asas sejarah. Asas sejarah yang dikemukakan oleh sebahagian negara penuntut LCS seperti China, Vietnam dan Filipina adalah bersifat myopic atau merujuk kepada satu perspektif sahaja. Oleh yang demikian, tesis ini akan mengemukakan secara komprehensif aspek kartografi-pelayaran, perdagangan dan ketenteraan berdasarkan semua kuasa Barat yang mampu memberi pencerahan terhadap fakta sejarah LCS misalnya melalui beberapa isu seperti bidang kuasa sebahagian kepulauan LCS. Objektif yang ingin dicapai ialah, membincangkan konsep wilayah dan kelautan mengikut pensejarahan Asia dan Barat serta hubungannya dengan LCS; menganalisa aspek kartografi kuasa Barat di LCS dari tahun 1600-1975; membentuk pemahaman mengenai penglibatan kuasa Barat dari aspek perdagangan dan ketenteraan bermula dari tahun 1600-1975; akhir sekali, menilai kesan keberadaan dan penglibatan kuasa Barat di LCS. Kajian ini disempurnakan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu mengumpul dan menganalisis sumber primer serta sekunder. Kajian mendapati bahawa, aspek kartografi dan pelayaran kuasa Barat memberikan pencerahan mengenai asal usul istilah dan toponim kepulauan LCS. Manakala aspek perdagangan dan ketenteraan oleh kuasa Barat menyokong matlamat ekonomi selain berperanan menjaga kestabilan dan keamanan di LCS. Akhirnya, aspek-aspek ini memberikan kesan secara langsung dan tidak langsung ke atas kuasa Barat serta negara pesisir LCS sekali gus membentuk kefahaman mengenai fakta sejarah LCS. Ironinya, fakta sejarah LCS sama ada dari segi tuntutan wilayah dan hak-hak kelautan perlu dijajarkan dengan peruntukan undang-undang antarabangsa yang kompleks.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Laut China Selatan, penglibatan kuasa Barat, Wilayah dan kelautan |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 01 Nov 2024 09:27 |
Last Modified: | 01 Nov 2024 09:27 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41403 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |