Amalan sogit dalam kalangan masyarakat Dusun Muslim di Ranau Sabah: Analisis perspektif hukum Islam

Mohammad Firdaus Hasmin (2023) Amalan sogit dalam kalangan masyarakat Dusun Muslim di Ranau Sabah: Analisis perspektif hukum Islam. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (396kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Suku kaum Dusun merupakan masyarakat peribumi yang majoriti di Sabah. Mereka mempunyai pelbagai bentuk amalan tradisional yang diwarisi daripada datuk nenek moyang mereka, salah satunya adalah amalan sogit. Sehubungan itu, amalan sogit telah melalui suatu proses evolusi sewaktu berinteraksi dengan agama Islam dan Barat. Hasilnya, ia telah melahirkan dua bentuk pelaksanaan sogit yang berbeza di antara satu sama lain. Selain itu, sogit yang telah bersinergi dengan agama Islam, diwarnai oleh elemen terlarang, seperti kepercayaan khurafat dan tahyul yang bertentangan dengan hukum Islam. Walaupun, terdapat proses harmonisasi di antara sogit tradisi dengan Islam, namun masih terdapat kecenderungan terhadap saki baki unsur kepercayaan animisme yang berbentuk khurafat. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membandingkan konsep sogit dalam kalangan masyarakat Dusun Muslim di daerah Ranau dengan MAN berpandukan Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995) (Kaedah, 1995). Seterusnya, menjelaskan perlaksanaan sogit yang masih diamalkan oleh masyarakat Dusun Muslim di daerah Ranau, Sabah. Di samping, menganalisisnya menurut perspektif hukum Islam. Sehubungan itu, kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Pengumpulan data dijalankan melalui metod dokumentasi, temu bual dan observasi. Data yang dikumpulkan dianalisis kandungan secara induktif dan komparatif bagi merumuskan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati, konsep sogit dalam kalangan masyarakat Dusun Muslim di daerah Ranau, Sabah dan MAN adalah berbeza dan mempunyai peranan serta fungsi yang tersendiri. Selain itu, terdapat beberapa amalan sogit yang masih diamalkan oleh masyarakat Dusun Muslim di daerah Ranau, Sabah iaitu sogit buka tanah, sogit tanah / kepanasan kampung dan sogit kematian. Dari aspek hukum Islam pula, tidak semuanya bersifat fasid, tahyul dan khurafat. Malah ada amalan yang terhasil berbentuk kearifan tempatan, misalnya larangan keluar rumah ketika waktu hujan panas. Hal ini kerana, titisan air hujan yang turun ketikan cuaca panas, terdedah dengan udara persekitaran yang kering dan bertoksik. Oleh sebab itu, ia berbahaya kepada sesetengah individu yang berimun rendah seperti wanita mengandung, warga emas dan seumpamanya. Berdasarkan dapatan ini, satu analisis hukum Islam telah dilaksanakan terhadap pelaksanaan amalan sogit dalam kalangan masyarakat Dusun Muslim. Analisis ini, akan menjadi petunjuk dan penanda aras kepada masyarakat Islam, agar adat dan urf yang diamalkan tidak menyimpang daripada landasan syarak.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Dusun, Hukum Islam, MAN, Muslim, Sogit
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 01 Nov 2024 09:27
Last Modified: 01 Nov 2024 09:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41404

Actions (login required)

View Item View Item