Nor Atika A Jalil (2023) Pengaruh tpack, kreativiti dan penerimaan teknologi guru matematik Sekolah Menengah terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES..pdf Download (478kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Pembelajaran Abad ke-21 merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dengan menerapkan elemen kemahiran pemikiran kritikal, kolaborasi, komunikasi dan kreativiti dan inovasi. Penranan guru dalam melaksanakan PAK21 menjadi satu tuntutan masa kini dalam membina generasi yang bersedia berhadapan cabaran global pada masa hadapan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan, Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti, dan Penerimaan Teknologi terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 guru matematik sekolah menengah di Sabah. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik persampelan rawak berstrata. Berpandukan Krejcie dan Morgan (1970), sampel ditetapkan sebanyak 248 orang. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan IBM SPSS versi 26.0 dan IBM AMOS versi 2.0. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diamalkan pada tahap tinggi. Ujian-t menunjukkan dapatan yang tidak signifikan bagi variabel pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan jantina. Bagi analisis varians sehala, variabel pengetahuan teknologi pedagogi kandungan, tingkah laku pemupukan kreativiti dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 menunjukkan dapatan yang tidak signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan signifikan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (r=0.162, p<0.01), Tingkah laku Pemupukan Kreativiti (r=0.191, p<0.01), dan Penerimaan Teknologi (r=0.300, p<0.01) dengan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. Analisis Laluan (SEM) menunjukkan kombinasi sumbangan variabel Pengetahuan Teknologi Pedagogi kandungan dan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti adalah sebanyak 37.1% (R2= 0.371) terhadap Penerimaan teknologi. Sementara, kombinasi variabel Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan, Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti, dan Penerimaan Teknologi pula menyumbang 11.3% (R2=0.113) perubahan terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. Kesan pengantaraan penuh variabel Penerimaan Teknologi diperoleh dalam hubungan antara Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan dan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. Penerimaan teknologi juga merupakan mediator penuh dalam hubungan antara tingkah laku pemupukan kreativiti dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Kajian menyumbangkan satu Model Pelaksanaan Pembelajaran abd ke-21 baharu yang menambah baik model-model terdahulu. Sebagai rumusannya, kejayaan perubahan dalam sistem pendidikan negara bergantung kepada banyak faktor. Menerusi kajian ini, terbukti faktor guru memainkan peranan penting terutamanya sebagai nakhoda di dalam bilik darjah bagi menentukan hala tuju murid berbudaya ilmu yang dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Pembelajaran Abad ke-21, Penranan guru, Teknologi, Guru matematik |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC189-214.53 Educational sociology |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 01 Nov 2024 09:28 |
Last Modified: | 01 Nov 2024 09:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41405 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |