Perkembangan politik bumiputera di Sabah 1963-1999

Pengiran Abu Bakrin Pengiran Omar (2009) Perkembangan politik bumiputera di Sabah 1963-1999. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (406kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (22MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan perkembangan politik bumiputera di Sabah yang sering bergelumang dengan persaingan dan pertelingkahan khususnya dalam kalangan pemimpin bumiputera itu sendiri. Fokus kajian adalah antara tahun 1963 hingga tahun 1994 berkaitan dengan konflik kepimpinan bumiputera sering berlaku dalam pucuk pimpinan parti dan kerajaan yang diterajui oleh parti USNO, BERJAYA dan PBS. Manakala pada tahun 1994 hingga tahun 1999, kerajaan BN yang didominasi oleh UMNO melaksanakan sistem ‘penggiliran Ketua Menteri’ dengan tujuan untuk memuaskan hati semua kaum. Konflik dalam kalangan bumiputera semakin berkurangan kerana semangat muhibah dan kongsi-kuasa antara parti kompenan BN dan lebih berfokus kepada agenda pembangunan negeri. Sistem tersebut akhirnya dimansuhkan pada bulan Mac 2004 dan ‘perkongsian kuasa’ BN masih berjaya dilaksanakan. Namun demikian, keutuhan dan pemerintahan kerajaan BN belum tentu terjamin untuk selamanya. Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada kejayaan pemimpin bumiputera untuk terus kekal sebagai tunjang kepada pentadbiran negeri walaupun sering bersilih ganti melalui pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS dan UMNO iaitu sejak tahun 1963 hingga tahun 1999. Di samping itu, kedinamikan politik bumiputera terus bertahan walaupun penuh dengan konflik dalam mempastikan pemimpinnya sebagai Ketua Menteri diberi tumpuan. Sesungguhnya, perkaitan antara parti politik sebagai saluran, pemimpin sebagai penggerak dan pilihan raya sebagai pentas sememangnya mempunyai pertautan demi pembangunan negeri Sabah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Perkembangan politik, Pemimpin bumiputera, Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2024 11:50
Last Modified: 08 Nov 2024 11:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41440

Actions (login required)

View Item View Item