Kesan pendekatan isu sosiosaintifik dan pemikiran reka bentuk dalam STEM terhadap pemikiran kreatif keusahawanan murid sekolah menengah

Sufirman Arifin and Nyet Moi Siew (2024) Kesan pendekatan isu sosiosaintifik dan pemikiran reka bentuk dalam STEM terhadap pemikiran kreatif keusahawanan murid sekolah menengah. International Journal Of Modern Education (IJMOE), 6 (21). pp. 1-21. ISSN 2637-0905

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (604kB) | Request a copy

Abstract

Pendekatan Isu Sosiosaintifik (PIS) melibatkan murid mengkaji dan menghubungkan sains, kehidupan seharian dan masyarakat dalam komuniti. Manakala Pemikiran Reka Bentuk (PRB) menggalakkan murid untuk memahami keperluan masyarakat setempat mengenai masalah kehidupan sebenar, dan kemudian mengaplikasi pengetahuan untuk mencetuskan idea bagi mendapatkan penyelesaian. Pengintegrasian PIS dan PRB dalam PdPc STEM jarang didokumenkan dalam literatur. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pengintegrasian PIS dan PRB dalam PdPc STEM terhadap pemikiran kreatif keusahawanan dalam kalangan murid sekolah menengah luar bandar. Satu modul pengajaran dan pembelajaran dibina sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan kaedah PISPRB dalam meningkatkan pemikiran kreatif keusahawanan dalam kalangan murid Tingkatan Empat. Kajian kuantitatif berbentuk kuasi eksperimental dilaksanakan ke atas 267 murid Tingkatan Empat di sekolah menengah luar bandar di Tawau, Sabah. Sebanyak tiga kumpulan dibahagikan secara rawak iaitu i) Kaedah Pengintegrasian Pendekatan Isu Sosiosaintifik dan Pemikiran Reka Bentuk (PISPRB, n=89), ii) Kaedah Pemikiran Reka Bentuk (PRB, n=90) dan iii) Kaedah Tradisional (TRD, n=88). Instrumen Ujian Pemikiran Kreatif Keusahawanan (UPKK) dibangunkan dan digunakan bagi mengukur tahap pemikiran kreatif keusahawanan sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi. Data analisis dilaksanakan menggunakan MANCOVA, ANCOVA, dan Saiz Kesan. Hasil analisis MANCOVA telah menunjukkan terdapat kesan yang signifikan secara statistik merentasi ketiga-tiga kumpulan kaedah pembelajaran bagi pemikiran kreatif keusahawanan. Sementara itu, hasil analisis ANCOVA telah menunjukkan terdapat kesan yang signifikan secara statistik kaedah PISPRB berbanding kaedah PRB dan TRD terhadap pemikiran kreatif keusahawanan, konstruk penyiasatan, idea baharu, reka bentuk, cipta dan komersial. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa modul PISPRB memberikan impak positif terhadap pemupukan pemikiran kreatif keusahawanan.

Item Type: Article
Keyword: Pemikiran Kreatif Keusahawanan, Pendekatan Isu Sosiosaintifik, Pemikiran Reka Bentuk, PdPc STEM
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA71-90 Instruments and machines > QA75.5-76.95 Electronic computers. Computer science
Department: FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 18 Oct 2024 15:37
Last Modified: 18 Oct 2024 15:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41461

Actions (login required)

View Item View Item