Amalan penswastaan dan impaknya terhadap perkembangan pergerakan kesatuan sekerja di organisasi Sabah Electricity Sdn. Bhd dan Sabah Ports Sdn. Bhd

Asron Pilim (2022) Amalan penswastaan dan impaknya terhadap perkembangan pergerakan kesatuan sekerja di organisasi Sabah Electricity Sdn. Bhd dan Sabah Ports Sdn. Bhd. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (740kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Amalan penswastaan didapati telah meninggalkan pelbagai impak positif dan negatif ke atas perkembangan pergerakan sesebuah kesatuan sekerja. Di Malaysia, pelbagai entiti kerajaan telah diswastakan agar menjadi lebih efektif dan produktif. Walau bagaimanapun, bagaimana amalan penswastaan ini meninggalkan dampak terhadap kesatuan sekerja dalam konteks Malaysia kurang dikaji. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis amalan penswastaan yang telah mempengaruhi perkembangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sendirian Berhad (KPPSESB), Kesatuan Jurutera-Jurutera Sabah Electricity Sendirian Berhad (KJJSESB) dalam organisasi SESB dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Ports (KPPSP) serta Kesatuan Pegawai Sabah Ports (KPSP) dalam organisasi Sabah Ports selepas fasa penswastaan dilaksanakan. Berdasarkan pendekatan kajian kes kualitatif ke atas dua organisasi awam yang telah diswastakan iaitu Sabah Ports dan SESB, hasil temu bual mendalam ke atas 13 orang informan mendapati bahawa terdapat faktor yang mempengaruhi perkembangan pergerakan kesatuan selepas fasa penswastaan iaitu faktor strategi politik kesatuan sekerja dan faktor strategi Pengurusan Sumber Manusia. Pengkaji mendapati bahawa faktor tersebut sangat penting untuk dianalisis kerana menentukan samada kesatuan itu berkembang atau sebaliknya. Pada masa yang sama, dapatan kajian dalam penyelidikan ini mendapati bahawa aktor dalam sistem Hubungan Industri di Sabah mempunyai empat aktor iaitu Pemerintah, Majikan, Kesatuan Sekerja, dan Pemegang Taruh. Bukan itu sahaja, dapatan kajian juga mendapati bahawa selepas penswastaan berlaku majikan telah mengamalkan pendekatan Hybrid iaitu menggunakan Pluralist dan Unitarist dalam satu masa terhadap kesatuan sekerja yang ditubuhkan dalam organisasi mereka. Kesan penswastaan terhadap perkembangan kesemua kesatuan sekerja dapat dilihat dari tiga aspek iaitu kesan politik, ekonomi, dan sosial. Faktor dan kesan tersebut perlu dikenalpasti oleh kesatuan sekerja bagi memastikan kewujudan kesatuan mereka terus relevan agar kelestarian sistem Hubungan Industri di Sabah dan negara Malaysia dapat diteruskan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Amalan penswastaan, Perkembangan kesatuan sekerja, Hybrid, Kelestarian hubungan industri
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Nov 2024 10:44
Last Modified: 12 Nov 2024 10:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41479

Actions (login required)

View Item View Item