Kepimpinan Tun Sakaran salam membentuk masyarakat madani di daerah Semporna: Satu analisis

Mohd Nasrun Mohd Talib and Hafiz Hamzah and Saifulazry Mokhtar (2024) Kepimpinan Tun Sakaran salam membentuk masyarakat madani di daerah Semporna: Satu analisis. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 9. pp. 39-53.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (350kB) | Request a copy

Abstract

Tun Sakaran Dandai adalah seorang negarawan dan tokoh politik terkemuka di Sabah yang dikenali kerana membawa nilai-nilai agama dalam kepimpinannya. Beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1439H pada tahun 2017 oleh Kerajaan Persekutuan. Kepimpinan Tun Sakaran dalam membentuk masyarakat madani di daerah Semporna khususnya dalam kalangan masyarakat Bajau telah membawa perubahan besar dalam corak kehidupan dan pemikiran mereka. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan dan sumbangan Tun Sakaran dalam merubah masyarakat Bajau di Semporna melalui pendekatan kepimpinan yang berpandukan nilai-nilai agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual dan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tun Sakaran berjaya membangun masyarakat madani di Semporna melalui pendekatan kepimpinan yang integratif, dengan menekankan aspek keagamaan dan nilai-nilai murni. Kejayaan ini menunjukkan bahawa kepimpinan yang berpandukan agama dapat membawa perubahan positif dalam masyarakat, bukan sahaja dari segi pemikiran tetapi juga dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa sumbangan Tun Sakaran menjadi inspirasi kepada pemimpin lain dalam usaha membentuk masyarakat yang berdaya saing dan berpandukan acuan agama.

Item Type: Article
Keyword: Kepimpinan, Masyarakat Bajau, Masyarakat Madani, Transformasi Sosial, Tun Sakaran Dandai
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Oct 2024 15:48
Last Modified: 18 Oct 2024 15:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41483

Actions (login required)

View Item View Item