Nur Ain Hasrianah Jemit@Hasrie and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Syamsul Azizul Marinsah and Siti Fatimah Az-Zahraa M. Rasid Rida (2024) Penilaian kelayakan asnaf fakir dan miskin berdasarkan had kifayah terhadap golongan pelarian Filipina di Sabah: Satu tinjauan awal. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 9. pp. 1-18. ISSN 0128-1755
Text
ABSTRACT.pdf Download (43kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (468kB) | Request a copy |
Abstract
Sabah merupakan negeri yang tidak terkecuali berdepan dengan isu-isu yang melibatkan sosioekonomi pelarian. Dalam pada itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-61/2023 memfatwakan pelarian Muslim di Malaysia boleh diberikan zakat dengan dikategorikan sebagai asnaf Ibn Sabil dan Fakir Miskin. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat kelayakan golongan pelarian Filipina di Sabah sama ada selari dikategorikan kepada asnaf fakir dan miskin. Kelayakan ini dianalisis berdasarkan had kifayah (Garis kecukupan keperluan seseorang) dengan mengutarakan dalil al-Quran, al-Hadis serta mengambil kira pandangan ulama. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif yang terdiri daripada kajian kepustakaan dan lapangan. Melalui kaedah lapangan, pengkaji menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian tidak turut serta. Seramai 15 informan terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 3 orang informan bagi setiap lokasi kajian yang tinggal di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP). Lokasi kajian ini terletak di 5 daerah (Kota Kinabalu, Papar, Sandakan, Semporna, Tawau) SPMP di Sabah. Manakala melalui kaedah kepustakaan, perkara yang akan dianalisis adalah konsep kecukupan serta elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam pengiraan Had al-Kifayah berdasarkan keadaan semasa golongan pelarian. Hasil dapatan mendapati golongan pelarian terbukti fakir dan miskin berdasarkan had kifayah secara syarak. Hal ini membuktikan mereka layak diberikan bantuan zakat di sisi syarak. Melalui perbincangan isu ini, makalah ini mencadangkan agar institusi Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) membuat kajian susulan berkenaan penilaian kelayakan mereka dari aspek pengiraan had kifayah yang disesuaikan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) agar penilaian dalam penentuan asnaf fakir miskin menjadi lebih sistematik dan bantuan zakat lebih berfokus dapat diuruskan. Selain itu, mencari mekanisme terbaik untuk membantu golongan ini melalui zakat. Hal ini bagi menunaikan tuntutan Islam dan hak seorang asnaf sekali gus mengurangkan beban yang dipikul di samping mengambil kira keharmonian dan kesejahteraan masyarakat Islam amnya di Malaysia dan khususnya di Sabah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Asnaf, Fakir Miskin, Had Kifayah, Pelarian, Sabah, Zakat |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works > AC1-999 Collections. Series. Collected works > AC1-195 Collections of monographs, essays, etc. > AC9-195 Other languages H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD2350.8-2356 Large industry. Factory system. Big business > HD2709-2930.7 Corporations Including international business enterprises, diversification, industrial concentration, public utilities |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 23 Oct 2024 11:53 |
Last Modified: | 23 Oct 2024 11:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41546 |
Actions (login required)
View Item |