Revolusi Pdp Abad Ke-21: analisis kecekapan teknologi Guru Pendidikan Islam dalam konteks Sirah Dan Tamadun Islam

Jahidih Saili and Muhamad Suhaimi Taat and Nurul Hamimi Awang Japilan (2024) Revolusi Pdp Abad Ke-21: analisis kecekapan teknologi Guru Pendidikan Islam dalam konteks Sirah Dan Tamadun Islam. International Journal of Modern Trends in Social Sciences, 7. pp. 1-12. ISSN 2600-8777

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (276kB) | Request a copy

Abstract

Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran merupakan satu keperluan penting bagi menyesuaikan pendidikan dengan keperluan murid masa kini. Namun, kajian sedia ada menunjukkan bahawa integrasi teknologi dalam Pendidikan Islam, terutamanya bidang Sirah dan Tamadun Islam, menghadapi cabaran disebabkan kurang pendedahan dan kemahiran guru. Menyedari jurang ini, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan teknologi guru Pendidikan Islam dalam PdP Sirah dan Tamadun Islam serta perbezaannya berdasarkan aspek pengalaman mengajar. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan, melibatkan 266 guru Pendidikan Islam di sekolah menengah harian Sabah yang dipilih melalui pensampelan pelbagai peringkat. Instrumen kajian ialah soal selidik 5-skala Likert yang disahkan kesahan dan kebolehpercayaannya. Dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan teknologi guru secara keseluruhan berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.84, S.P=0.68). Analisis ANOVA pula mendapati tiada perbezaan signifikan skor pengetahuan teknologi antara kumpulan pengalaman mengajar (F=0.057, p=0.945). Implikasinya, walaupun literasi digital asas guru adalah memuaskan, jurang pengetahuan dalam kemahiran reka bentuk bahan pengajaran multimedia interaktif perlu ditangani segera bagi memastikan pengintegrasian teknologi dapat dilakukan secara optimum. Program intervensi khusus perlu disediakan kepada setiap kumpulan guru tanpa mengira pengalaman agar jurang pengetahuan dapat ditangani pada setiap peringkat secara berkesan.

Item Type: Article
Keyword: Pengetahuan Teknologi, Guru Pendidikan Islam, Sirah dan Tamadun Islam
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS31-35.2 History
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 24 Oct 2024 12:24
Last Modified: 24 Oct 2024 12:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41591

Actions (login required)

View Item View Item