Perubahan adat perkahwinan komuniti kadazan di kampung Manng, Penampang , Sabah

Deeba eleena Mohammad Aslom (2020) Perubahan adat perkahwinan komuniti kadazan di kampung Manng, Penampang , Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Saba.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (8MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (97MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk memahami perubahan yang berlaku dalam pengamalan adat perkahwinan oleh komuniti Kadazan yang merupakan subetnik Kadazan Dusun yang tinggal menetap di Kampung Maang dalam Daerah Penampang, Sabah. Dalam kajian ini, penerangan secara terperinci mengenai adat perkahwinan komuniti Kadazan terdahulu adalah semakin sukar untuk diperolehi kerana individu yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam sesuatu adat adalah semakin sukar untuk dicari. Oleh itu, pengkaji membuat satu kajian yang menjelaskan perubahan yang secara prosesual dalam pelaksanaan pengamalan adat perkahwinan komuniti Kadazan di Kampung Maang dan isu-isu yang timbul disebabkan oleh perubahan adat perkahwinan tersebut. Terdapat tiga objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini. Pertama, menjelaskan perubahan yang telah berlaku dalam adat perkahwinan yang diamalkan oleh komuniti Kadazan di Kampung Maang. Kedua, mengenalpasti isu-isu yang timbul disebabkan oleh perubahan adat perkahwinan tersebut. Ketiga, meneliti langkah-langkah yang bersesuaian untuk menangani isu-isu yang timbul disebabkan oleh perubahan adat perkahwinan tersebut. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan kualitatif yang menggunakan 3 kaedah utama untuk mengutip data kajian. Temubual secara mendalam telah dilakukan dengan mantan Ketua Adat di kampung tersebut di samping perbincangan kumpulan berfokus yang dilakukan bersama 20 orang informan yang terdiri daripada dua kategori lapisan umur untuk mendapatkan data utama kajian ini. Bukan itu sahaja, pemerhatian secara langsung juga dilakukan terhadap beberapa majlis perkahwinan yang telah diadakan di kampung tersebut. Selain itu, data sekunder juga diperolehi daripada pembacaan dan rakaman video yang bersesuaian dengan kajian. Informan untuk kajian ini terdiri daripada penduduk asal Kampung Maang daripada pelbagai jenis pekerjaan dan jantina yang tinggal menetap di dalam dan di luar kampung tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Adat, Perkahwinan, Perubahan budaya, Komuniti Kadazan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Nov 2024 14:03
Last Modified: 26 Nov 2024 14:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41684

Actions (login required)

View Item View Item